Mai gi pesta! Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang 2026! 3-6 Julai, PWCC! Ada jualan buku dan banyak lagi!
Published byJom ramai-ramai ke Pesta Buku ASEAN Pulau Pinang pada 3 hingga 6 Julai 2026 mulai jam 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Penang Waterfront Convention Centre (PWCC).

Pesta peringkat ASEAN selama 4 hari tersebut julung kali diadakan dengan sasaran seramai 350,000 pengunjung.
Ia juga merupakan dokongan bersama Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta pelbagai organisasi bagi memastikan kelancaran penganjuran pesta tersebut.

Selain itu Festival Kaligrafi ASEAN yang melibatkan kira-kira 46 reruai kaligrafi dari seluruh negara ASEAN akan turut menjadi salah satu tarikan pengunjung.
Ia turut merangkumi bengkel penulisan khat dan kaligrafi Cina, pertandingan seni kaligrafi khat ASEAN dan slot bicara buku yang menampilkan ahli akademik dari negara ASEAN.
Juga turut melibatkan penyertaan penerbit dan pempamer dari Indonesia, Singapura, Taiwan, China serta negara-negara ASEAN yang lain.

Bagi memeriahkan lagi program, persembahan artis popular tanah air seperti Shidee, Sofazr, Black Hanifah dan Hyper Act akan diadakan sepanjang pesta berjalan.
Untuk golongan muda dan kanak-kanak pula pertandingan e-sports (e-sukan) seperti PUBG, MLBB dan e-football; teka emoji dan teka peribahasa; dan pertandingan karom, serta pameran dan jualan akan turut diadakan.
Kartunis terkenal negara Zunar, sesi bersama penulis, hadiah dan promosi eksklusif serta diskaun buku menarik juga menjadi salah satu daya tarikan kali ini. - KitaReporters

