2 pelajar terakhir Mara! Terima ijazah dari University of Washington! Tiada lagi pelajar Mara ke AS!
Published byDua pelajar terakhir tajaan Mara menerima Ijazah Sains Kejuruteraan Mekanikal daripada University of Washington (Universiti Washington atau UW) pada Ahad, 14 Jun 2026 lalu.

Nur Sofi Musfiroh Sopha menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada majlis Konvokesyen Universiti Washington pada 14 Jun 2026.
Mereka adalah Nur Sofi Musfirah Sopha dan Sharif Muhamad Nazrien yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing selama empat tahun.
Seorang lagi pelajar tajaan Mara ialah Suk Jin, dari Sabah menerima ijazah sarjana muda sains komputer pada 9 Jun 2026 lepas.
Sebelum ini, pada Jun 2025, Mara dilaporkan tidak lagi meneruskan penghantaran pelajar tajaannya ke Amerika Syarikat atas sebab kos pengajian yang tinggi dan faktor keselamatan.
Selain Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), badan-badan korporat yg lain turut menaja pengajian pelajar cemerlang ke beberapa universiti terpilih di AS.

UW salah sebuah universiti terulung dunia yang berada di ranking ke-8 dalam kalangan pusat pengajian tinggi di Amerika.
Universiti ini telah menerima ramai pelajar Malaysia sebelum ini. - KitaReporters/Kenyataan Media

Nur Sofi Musfirah meraikan bersama ibunya, Nazrani Azmi selepas menerima ijazah sarjana muda sains Kejuruteraan Mekanikal.
