Video| Terima kasih PM10! Teruskan inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia dalam Bajet Mini 2022! - PM9

Published by
KitaReporters



BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meneruskan inisiatif-inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia dalam Bajet Mini 2022 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang diluluskan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada hari ini, 20 Disember 2022. 

"Inisiatif-inisiatif yang diluluskan itu merupakan sebahagian daripada aspirasi Bajet Kerajaan Keluarga Malaysia dibentangkan pada 7 Oktober  2022 lalu, yang memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat dan  kemakmuran ekonomi negara. 

"Ia turut mengambil kira semua aspek khususnya untuk membela golongan  B40 dan sebagai persediaan bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi  yang diramalkan berlaku pada tahun depan," kata Ismail Sabri yang mengekalkan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU15) lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aspirasi Keluarga Malaysia


"Antara inisiatif-inisiatif Bajet 2023 yang diumumkan oleh Anwar pada persidangan Parlimen hari ini ialah Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Keluarga  Malaysia, Bantuan Musim Tengkujuh, Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan  Khas 2023 dan Bantuan Khas Kewangan untuk kakitangan awam serta menyediakan 50,000 peluang pekerjaan

"Malah Kerajaan terdahulu juga berusaha sedaya upaya memastikan kos sara hidup rakyat tidak melambung tinggi. 

"Keputusan Kerajaan Keluarga Malaysia pada Jun (2022) lalu untuk tidak menaikkan tarif elektrik di Semenanjung dengan menanggung kos sebanyak RM5.8 bilion, dan memberikan subsidi sebanyak RM1.2 bilion kepada penternak untuk tidak menaikkan harga ayam serta telur adalah antara usaha bagi meringankan beban rakyat. 

"Justeru, sekali lagi saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meneruskan aspirasi Keluarga Malaysia dan berharap nasib rakyat  akan terus terbela," tegas Ismail Sabri dalam satu kenyataan media. - KitaReporters


7
15
0
16
0

Copy Link: