Kerajaan Madani telah mengumumkan bantuan tunai tambahan sebanyak RM75 juta bagi pengguna diesel pada 14 April 2026.

Sebelum itu, Kerajaan juga menjelaskan ia telah menampung RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global. 




Antara bantuan yang telah dinaikkan ialah Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKP) bagi musim penanaman 2026 yang dinaikkan dari RM160 kepada RM300 sehektar. kenaikan ini melibatkan tambahan dana sekitar RM40 juta. 

ia juga dijangka dapat memanfaatkan hampir 200,000 pesawah padi di mana sebahagiannya bakal memulakan penanaman padi pada bulan April 2026 ini.

Sebagai bantuan tambahan, pada tahun lalu (2025) juga, Kerajaan Madani telah memperkenal Insentif Penuaian sebanyak RM50 untuk sehektar semusim.

Tujuannya tidak lain hanyalah semata-mata bagi meringankan beban kenaikan kos input.



Bantuan tunai untuk minyak diesel pula ditingkatkan pada bulan April 2026 apabila Bantuan Tunai Interim BUDI Agri-Komoditi dijangka dapat memanfaatkan lebih 200,000 petani dan pekebun kecil.

Bantuan yang dinaikkan secara interim (atau sementara) ini bertambah dari RM300 kepada RM400 sebulan bagi April 2026 dan bayaran tambahan itu akan disalurkan pada 21 April 2026. 

Ini merupakan kali kedua bantuan tersebut telah dinaikkan dari RM300 pada Mac 2026 susulan krisis ini.



Sementara itu, lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung akan mendapat manfaat daripada BUDI Diesel Individual dengan dana tambahan sejumlah RM15 juta sebulan.

Menerusi Bantuan Tunia Interim BUDI Diesel Individu, bantuan tunai dinaikkan dari RM300 kepada RM400 bagi bulan April 2026. 

Ini merupakan kenaikan kedua selepas bantuan yang sama dinaikkan dari RM200 kepada RM300 pada Mac 2026.



Serajaan Madani turut memberi kelonggaran syarat permit khas bagi pembelian diesel melebihi 20 liter untuk kegunaan selain kenderaan.

Adalah difahamkan langkah yang diambil ini bagi memastikan operasi pertanian berjalan lancar serta kos dapat dikawal. Selain itu, objektifnya adalah bagi mengekalkan keterjaminan bekalan makanan negara.

Secara langsung kerajaan kini menampung sebanyak RM7 bilion bantuan bahan api pada April 2026 dengan matlamat utamanya ialah bagi membantu rakyat dalam mengurangkan tekanan krisis tenaga global. - KitaReporters

16
10
0
6
0

Copy Link: