Biar betul! Unggas pun ada akademi! Beri latihan, konsultasi, pembekalan! Ayam, itik, angsa, puyuh!
Published byBANYAK akademi perkara akademi. Ada akademi polis, akademi tentera, akademi sukan, akademi filem dan bermacam-macam lagi. Terasnya adalah untuk menyediakan latihan teori dan amali dalam bidang berkaitan untuk melahirkan tenaga mahir.

Sebahagian tetamu yang hadir pada perasmian Akademi Unggas di Parit 18, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak pada 22 April 2026.
Tetapi pernahkah anda mendengar mengenai ‘Akademi Unggas’? Agak unik kerana ia lain daripada akademi yang lain. Sehinggakan ada yang seperti hairan, “Unggas pun ada akademi?”
Namun ia adalah realiti. Akademi tersebut diwujud secara rasmi di Parit 18, Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak, pada 22 April 2026.
Ia boleh dianggap sebagai akademi pertama sepertinya di negeri Perak khasnya dan di Malaysia amnya.
Perasmian dilakukan oleh Datuk Khairuddin Tarmizi, Pegawai
Tugas-Tugas Khas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merangkap Ketua
Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Akademi ini merupakan kemuncak daripada usaha kecil yang dijalankan sejak 2019 dalam menyediakan latihan, konsultasi dan pembekalan. Kini usaha tersebut melangkah ke fasa baharu yang lebih tersusun, berimpak dan jauh visinya.

Cenderamata simbolik anak pokok kepada Khairuddin Tarmizi (kanan) pada perasmian Akademi Unggas di Parit 18, Sungai Sumun, Bagan Datuk.
Apa sebenarnya fungsi atau matlamat penubuhan Akademi Unggas?
Sesuai namanya, ia adalah sebagai akademi yang menawarkan pelbagai kursus berhubung unggas seperti ayam, itik, angsa atau puyuh dan lain-lain.
Namun skop akademi lebih luas, tidak terhad kepada unggas
sahaja. Ia juga melibatkan aspek pertanian dan perikanan. Daripada terung atau
timun dan lain-lain, sehingga kepada ternakan keli dan sebagainya.
Pendek kata Akademi Unggas adalah akademi membina ilmu,
mengubah kehidupan komuniti melalui pendidikan dalam bidang penternakan dan
pertanian.
Ia adalah pusat latihan dan pembelajaran yang menawarkan kursus teori dan praktikal dalam bidang unggas, ruminan, pertanian dan perikanan, sesuai untuk yang baharu hendak bermula sehingga kepada usahawan tani.

Kursus mengenai pelbagai aspek ayam kampung boleh diikuti di Akademi Unggas. Amat berguna kepada yang ingin menceburi penternakan ayam.

Menternak ayam tidak terlalu sukar dan tidak perlu modal besar. Jika ingin tahu lebih lanjut ikuti kursus di Akademi Unggas.
Pelbagai kursus disediakan kepada peserta akademik, dijalankan menurut bulan yang ditetapkan. Misalnya untuk April hingga Jun 2026 beberapa kursus telah disusun.
Bagi bulan April 2026, ia menekankan kursus mengenai ayam kampung. Antaranya topik ‘Ayam Kampung Zero to Hero’. Selain itu ‘Rahsia Campuran Dedak Bagi Menjimatkan Kos’ serta ‘Masterclass Ayam Kampung: Dari Set Up Reban ke Formula Dedak Sendiri’.
Untuk bulan Mei 2026, menekankan kursus perikanan dan unggas. Ia meliputi ‘Ternakan Keli Zero To Hero’, ‘Ayam Penelur: Zero To Hero’ dan ‘Strategi
Makanan Alternatif dan Teknik Post Mortem Unggas’. Juga ‘Masterclass Ayam
Penelur: Sistem Ternakan, Pemakanan dan Post Mortem’.
Bagi bulan Jun 2026, kursus yang diatur ialah ‘Tukar Sisa Jadi
Pendapatan’, ‘Itik Penelur: Zero To Hero’, ‘Formulasi Dedak Itik Penelur’, ‘Pembuatan
Telur Masin dan Lawatan Projek’ serta ‘Masterclass Itik Penelur: Cara Ternak,
Formulasi Dedak, Pemprosesan Telur Masin dan Lawatan Projek’.
Mereka yang ingin menyertai kursus di Akademi Unggas dikenakan bayaran berpatutan. Jumlah bayaran bergantung kepada kursus yang dipilih. Setiap kursus mengenakan bayaran berbeza.

Khairuddin kagum melihat buah timun yang segar dan besar terdapat di Akademi Unggas, Sungai Sumun, Bagan Datuk.
Bagi mengetahui lebih lanjut cara mendaftar menyertai program, pemilihan kursus dan bayaran dikenakan, peserta boleh menghubungi pihak akademi melalui talian 012-4747967. Pendaftaran juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui linktr.ee/akademiunggas.
Untuk menjadi usahawan berjaya dalam bidang ternakan atau pertanian, perlukan ilmu yang betul. Ini hanya boleh didapati daripada pembelajaran teori dan amali.
Akademi Unggas menyediakan latihan yang diperlukan. Daftarlah untuk
kejayaan. - KitaReporters
