Video| Rindunya zaman sekolah! Kemunculan lori Milo gamit memori indah! Mampu atasi abam-abam bomba?

Published by
KitaReporters


Video yang menunjukkan kemunculan lori Milo dalam acara perbarisan pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 baru-baru ini menjadi tular.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @izzrunners, memaparkan sebaik sahaja lori Milo itu kelihatan pada perbarisan mendapat sorakan paling gemuruh dalam kalangan pengunjung.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minuman Milo


Hero yang tidak didendang,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial berasa amat teruja menyaksikan kemunculan semula lori Milo itu yang menggamit semula memori indah dan menyeronokkan pada zaman sekolah.



“Jasa milo dari kami masa zaman sekolah sehingga dewasa sekarang. Harap dia dapat jadi Perdana Menteri Malaysia,” seloroh @WillytheWrinkle.

“Lori Milo kesayangan rakyat Malaysia,” kata @AdeliaSurprise.

“Abang Milo walaupun tak sado tetapi tetap memenangi hati rakyat Malaysia,” jelas @thebutterfliess. - KitaReporters


16
18
0
14
0

Copy Link: