Feri Tasik Songkhla vs Feri Pulau Pinang! Terbuka vs tertutup! 5 minit sampai vs 10 minit sampai!
Published byFeri Tasik Songkhla (Songkhla Lake Car Ferry) antara Songkhla City dan Singhanakhon merupakan jalan pintas yang sangat popular bagi mengelakkan perjalanan darat yang jauh melalui jambatan Tinsulanonda.

Feri Tasik Songkhla lima minit sahaja dah sampai menyeberang.

Siapa pernah menaiki Feri Kereta Tasik Songkhla (Songkhla Lake Car Ferry) antara Songkhla City dan Singhanakhon sudah pasti tidak puas kerana ia memang singkat, mengambil masa hanya 5 minit untuk sampai.
Feri ini merupakan jalan pintas yang sangat popular bagi mengelakkan perjalanan darat yang jauh melalui jambatan Tinsulanonda.
Manakala feri ini boleh memuatkan kereta, motosikal, tut-tut (van penumpang) dan pejalan kaki.
Feri pula akan bergerak apabila kenderaan telah memenuhi ruang dan ia beroperasi dari pagi sehingga ke malam.


Menaiki feri ini sudah pasti menjimatkan masa -- hanya 5 minit satu perjalanan. Namun sekiranya hujan turun tidak kiralah hujan rintik atau lebat, penunggang motosikal dan pejalan kaki sudah tentu basah kuyup.
Ia berbeza dengan Feri Pulau Pinang yang juga mengambil masa singkat (kira-kira 10 minit) untuk sampai ke Pangkalan Raja Tun Uda di Georgetown mahupun Pangkalan Sultan Abdul Halim di Seberang Perai.
Bezanya penunggang motosikal dan pejalan kaki tidak akan basah kuyup atau panas terik kerana Feri Pulau Pinang berbumbung, berhawa dingin dan lebih selesa. - KitaReporters

