Video| Tolong kami! Bantu beli kek lapis! Bapa rayu ringankan kos rawatan anak sakit jantung kronik!
Published bySeorang bapa, Mohamed Haffiez Mansor Taridi, yang mempunyai kemahiran membuat kek lapis, merayu bantuan orang ramai dengan membeli kek lapis yang dijualnya bagi membantu menampung kos rawatan anak perempuan yang menghidap sakit jantung kronik.

Mohamed Haffiez Mansor Taridi (kiri) merayu orang ramai membeli kek lapisnya untuk menampung kos rawatan anaknya Qaireen Adriana Tihani (kanan). - Kredit foto: TikTok haffiez4184
@haffiez4184 𝗞𝗔𝗞𝗔𝗞 𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗝𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗔𝗗𝗠𝗜𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗜𝗦𝗡𝗜𝗡 𝟴 𝗝𝗨𝗡 𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗠𝟭𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗦 𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗞𝗘𝗞 𝗟𝗔𝗣𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗬𝗔 Bismillahirrahmanirrahim.. sekali lagi saya share jualan kek lapis saya. pagi tadi baru mendapat makluman kakak Tihani akan admit sekali lagi Isnin ini bagi menjalani prosedur kerana luka pembedahannya masih ada yang terbuka dan risiko jangkitan kuman Tahun 2026 ini saja empat kali Kakak terpaksa admit bagi menjalani prosedur bermula Bulan Ramadan Mac, April dan Mei dan baru sahaja discaj sehari sebelum Aidiladha. Dan Isnin ini akan admit sekali lagi. Kami sekeluarga juga telah tiada daya lagi dan semoga usaha berterusan saya menjual kek lapis ini mendapat sambutan dan terjual Mohon bantu walau sebiji dan ianya sangat membantu kami didalam situasi ini. Semoga setiap kebaikan Tuan Puan Allah kurniakan sebaiknya ganjaran Mohon bantu sebarkan supaya sampai kepada yang ingin membeli
♬ original sound - HFShop41
Menerusi satu perkongsian dalam TikTok, Haffiez memaklumkan anaknya, Qaireen Adriana Tihani Mohamed Haffiez, perlu menjalani prosedur rawatan susulan selepas mengalami komplikasi daripada pembedahan yang dilakukan sebelum ini.
Menurut Haffiez, anaknya telah beberapa kali dimasukkan ke hospital sepanjang tahun 2026 iaitu sebelum puasa iaitu pada Mac, April dan Mei 2026 menyebabkan kos rawatan yang perlu ditanggung semakin meningkat.
Bagi mengumpulkan dana yang diperlukan, Haffiez kini mengusahakan jualan kek lapis secara kecil-kecilan.

Dia berharap orang ramai dapat memberikan sokongan dengan membeli produk yang ditawarkan.
Haffiez meluahkan harapan agar setiap pembelian dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga bagi memastikan anaknya menerima rawatan yang diperlukan.
Qaireen Adriana Tihani disahkan menghidap penyakit jantung sejak lahir dan pernah menghabiskan tujuh bulan pertama kehidupannya di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohamed Haffiez melalui talian 017-6687229 atau melalui akaun TikToknya @haffiez4184.
@haffiez4184 Bismillah.. mohon bantu beli jualan Kek Lapis yang saya jual. Sangat membantu keperluan dan survival kami. Hanya RM15 sebiji dengan 34 perisa tersedia. Detail saya letakkan dikomen Terima kasih atas kebaikan semua. Semoga Allah kurniakan sebaik2 ganjaran dunia akhirat untuk semua
♬ original sound - HFShop41
