Lebih 10,000 pelancong mengunjungi pantai Teluk Cempedak, Kuantan untuk menyaksikan acara Festival Sukan Pantai Kuantan 2026 yang berakhir pada 17 Mei 2026 selepas tiga hari dilangsungkan.



Mereka turut terhibur dengan persembahan Zuhairi Free Styler yang mempamerkan kehebatannya menimang bola dalam pelbagai teknik dan aksi. 

Penonton juga dijemput untuk mencuba bakat bersama free styler itu atau nama penuhnya, Muhammad Zuhairi Mohd Zamri, yang kini berada dalam kelompok lima terbaik ASEAN dan pernah beberapa kali memenangi gelaran kebangsaan.

Festival tersebut adalah antara acara untuk menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 oleh Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).




Selain aksi free styler bola sepak, pelbagai acara lain dilangsungkan pada Festival Sukan Pantai ini seperti Pertandingan Bola Sepak Pantai, Sukaneka Pantau, Boling Pantai Buah Kelapa dan sauk ikan.

Pengunjung turut mengambil bahagian dalam beberapa acara yang diadakan.

Selain itu, pengunjung juga mengambil peluang bersantai bersama keluarga dan menikmati pelbagai juadah di gerai jualan yang disediakan di sepanjang Pantai Teluk Cempedak.

Turut memeriahkan acara ialah penampilan bekas bintang bola sepak Malaysia dan Pahang, iaitu Ahmad Shahrudin Rosdi, Azamudin Akil dan Juzaili Samion.

Selain bertemu serta bergambar dengan peminat, mereka turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam acara bola sepak pantai. 




Pengarah acara, Jazri Danish berkata kehadiran bekas idola bola sepak Pahang itu turut memeriahkan acara yang bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan domestik. - KitaReporters/Kenyataan Media

19
15
0
9
0

Copy Link: