Kali pertama di Malaysia! Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire! Unifi Arena, 16-17 Okt 2026!

Published by
KitaReporters

Untuk kali pertama, pertunjukan Siaran Langsung Hot Wheels Monster Trucks terbesar di dunia akan berlangsung di Asia! Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire akan memulakan debut jelajah Asia di Malaysia pada 16-17 Oktober 2026 di Unifi Arena Bukit Jalil, dengan tiga pertunjukan selama dua hari.  



Jadual pertunjukan adalah seperti berikut:

  • Jumaat, 16 Oktober, 8:00PM
  • Sabtu, 17 Oktober, 1:00PM
  • Sabtu, 17 Oktober, 8:00PM

Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire dipersembah oleh Family Entertainment Live, dengan siri jelajah di Malaysia dianjurkan bersama oleh MUSE Group Asia dan Unik Squad. 

Pertunjukan ini akan ‘menghidupkan’ Hot Wheels Monster Trucks kegemaran para peminat, termasuk Mega Wrex, Tiger Shark, Gunkster, Bone Shaker, Bigfoot, Skelesaurus, dan memperkenal trak baru di jelajah ini: Rhinomite - trak inspirasi badak dinamit. 

Pengalaman mengujakan baharu ini akan menampilkan aksi-aksi belum pernah dipertonton oleh Hot Wheels Monster Trucks, termasuk aksi baharu No-Handed Front Flip dipersembah oleh penunggang FMX!



Sejajar dengan kejayaan Glow-N-Fire pada 2025 yang memenangi anugerah Pollstar Family Show of the Year, Hot Wheels Monster Trucks Live amat teruja untuk meneruskan momentum ke tahun 2026 dengan siri pertunjukan merentasi Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan terkini di Asia, di mana Malaysia berbesar hati menjadi lokasi pembuka tirai.

Para peminat Hot Wheels juga berpeluang untuk menyertai Akses Prapertunjukan VIP, yang berlangsung 2 jam 30 minit sebelum setiap pertunjukan bermula. 

Pengalaman unik ini memberikan pengalaman kepada para peminat dengan akses ke aras arena, membolehkan mereka melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan luar biasa dan saiz epik Hot Wheels Monster Trucks serta mendapatkan tandatangan daripada pemandu dan bintang pertunjukan kegemaran mereka. 

Setiap tiket Akses Prapertunjukan VIP termasuk kad autograf. 

Pas-pas akan mula dijual selagi stok masih ada.



Tiket ke Hot Wheels Monster Trucks Live: Glow-N-Fire boleh didapati di Tri-Tix bermula 16 April 2026. 

Beli tiket anda di jelajah Hot Wheels Monster Trucks di Pavilion Bukit Jalil pada 16-26 April untuk menikmati ganjaran eksklusif berupa diskaun 10% dan hadiah misteri Hot Wheels Monster Trucks (terhad kepada 100 pembeli tiket pertama di lokasi). - KitaReporters/Kenyataan Media


12
14
0
8
0

Copy Link: