Antara barangan yang ditemui oleh nelayan tempatan yang didakwa kononnya peninggalan empayar kerajaan Srivijaya. - Kredit Foto: Twitter/@wreckwatchmag


KISAH penemuan artifak oleh sekumpulan nelayan tempatan sejak lima tahun kebelakangan ini di Sungai Musi berhampiran Palembang, Sumatera yang digelar mereka sebagai ‘Pulau Emas’  itu adakah boleh dijadikan bukti sebagai lokasi peninggalan empayar Srivijaya??

Antara artifak berharga yang ditemui termasuklah permata, cincin emas, syiling, loceng gangsa sami dan yang paling menakjubkan adalah penemuan sebuah patung Buddha bersaiz besar bertatahkan permata dianggarkan bernilai ratusan juta pound.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan artifak


Patung Buddha bersaiz besar dan bertatah permata bernilai ratusan juta pound yang ditemui di lokasi 'Pulau Emas". - Kredit foto: Daily Mail.


Patung tersebut dipercayai dari abad ke-8 dan kesemua artifak berkenaan dipercayai wujud sejak peradaban Srivijaya yang merupakan sebuah empayar kerajaan antara abad ke-7 hingga ke-13 yang kemudiannya lenyap begitu sahaja satu abad kemudian.

Ahli arkeologi maritim Britain, Dr. Sean Kingsley berkata, ramai ahli arkeologi mencari bahan untuk dijadikan bukti kewujudan kerajaan Srivijaya  walaupun hanya di sebuah perkampungan kecil, namun semua usaha tersebut gagal.

“Ramai ahli sejarah yang ‘memburu khazanah’ empayar Srivijaya bukan sahaja di sekitar Palembang, malah sehingga ke Thailand dan India, namun setakat ini tidak banyak yang ditemui.


Peta lokasi kedudukan Palembang yang dikatakan mulanya kerajaan Srivijaya bertapak. - Kredit foto: Daily Mail.


“Hanya sejak lima tahun kebelakangan ini sahaja barulah mereka berjaya menemui pelbagai barangan yang disifatkat sebagai artifak luar biasa sekali gus membuktikan Srivijaya benar-benar cermat ‘menjaga’ rahsianya,” katanya kepada Portal Mail Online.  

Menurutnya, penemuan artifak tersebut secara tidak langsung membuktikan kisah Sinbad yang kita baca sebelum ini sememangnya wujud di alam nyata dan bukan sekadar kisah dongeng.


Pelbagai barang perhiasan yang diperbuat daripada emas termasuk cincin yang dikatakan artifak peninggalan kerajaan Srivijaya.- Kredit foto : Daily Mail.


Empayar Srivijaya adalah sebuah kerajaan maritim yang berasal dari Palembang di Pulau Sumatera yang berkembang dan memperluaskan pengaruhnya sehingga menguasai Selat Melaka sekitar abad ke-7 hingga abad ke-13.

Namun setakat ini, tiada sebarang data yang dapat menjelaskan punca sebenar keruntuhan kerajaan tersebut dan Kingsley juga mengakui bahawa dia sering terfikir apakah Srivijaya turut mengalami nasib yang sama seperti Pompeii yang ‘hilang’ akibat bencana gunung berapi atau mungkin dilanda badai atau ditelan arus sungai yang deras.

“Setakat ini, selain aktiviti pencarian yang dilakukan oleh sekumpulan nelayan tempatan, belum ada sebarang operasi serta penggalian rasmi dilakukan oleh mana-mana pihak sekali gus menjadi punca kepada banyak persoalan berhubung kerajaan Srivijaya masih belum dapat dirungkai,” katanya seperti yang dilaporkan Guardian. - KitaReporters


Salah satu artifak berharga yang ditemui nelayan tempatan di lokasi "Pulau Emas" di Sungai Musi berhampiran Palembang. - Kredit foto: Daily Mail

10
12
0
14
0

Copy Link: