MEMAHAMI keperitan yang ditanggung oleh pengguna, Proton mengambil inisiatif  menawarkan pakej bantuan pelanggan yang dipertingkat bagi meringankan beban kewangan mereka untuk membaiki kenderaan yang rosak akibat banjir menerusi diskaun 50 peratus bagi alat ganti terpilih untuk semua model kecuali Proton X50 dan Proton X70.

Pakej baharu yang ditambah baik itu turut merangkumi servis tunda serta pembersihan luar dan ruang enjin secara percuma.

Selain diskaun caj buruh yang ditingkatkan kepada 25 peratus untuk semua model kenderaan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Proton



Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, sehingga kini, pusat servis Proton telah menerima kira-kira 600 kenderaan dan lebih banyak kenderaan dijangka tiba pada hari dan minggu akan datang.

“Proton amat bersimpati dengan nasib mangsa banjir baru-baru ini berikutan kebanyakannya terdiri daripada kumpulan B40.

“Sehubungan itu, kami telah meningkatkan lagi pakej bantuan untuk meringankan beban kewangan mereka,” katanya.

Bagi pemilik Proton X50 dan Proton X70, diskaun untuk alat ganti terpilih telah dinaikkan kepada 25 peratus berbanding 20 peratus seperti diumumkan sebelum ini.

Pelanggan yang diinsuranskan bawah Program Insurans Proton layak menerima bayaran bantuan banjir sebanyak RM1,000.

Tawaran bantuan ini boleh didapati daripada pengedar 3S/4S Proton terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat.



“Selain pakej bantuan, Proton juga berunding dengan pihak bank untuk membenarkan pelanggan membuat bayaran secara ansuran melalui kad kredit bagi pembayaran bil

Ini akan membantu dari segi aliran tunai mereka kerana tidak dikenakan bayaran faedah dan tidak perlu membuat bayaran penuh secara sekali gus,” katanya.

Pada 22 Disember 2021 lalu, Proton  mengumumkan bantuan kepada semua pemilik model Proton yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Syarikat pengeluar kereta itu berkata, ia akan menanggung caj tunda sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.

Pelanggan boleh menghubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398 untuk keterangan lanjut.

Jadi jangan lepaskan peluang terbaik nih! Gunakan peluang yang ditawarkan sebaiknya!. - KitaReporters 


11
20
0
12
0

Copy Link: