PENDUDUK Kelantan semakin bimbang apabila negeri tersebut mencatatkan 28 kes baharu positif COVID-19, menjadikan angka tertinggi setakat ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 109 kes dalam tempoh lebih dua minggu. Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) juga mengesan satu kluster baharu di negeri itu. : KitaReporters 



 

Status COVID-19 di Negeri Kelantan pada 26 November 2020


Lagi cerita-cerita berkaitan Kelantan:

https://kitareporters.com/search?search=kelantan


Kluster baharu itu ialah Kluster Cengal yang membabitkan daerah Kota Bharu dan Machang, yang kini sudah menjangkiti 15 orang. Kluster terbaharu itu menjadikan Kelantan mempunyai tiga kluster selain Kluster Mengketil dan Kluster Kube


Status kes COVID-19 mengikut daerah di Negeri Kelantan


Status kes COVID-19 yang dicatatkan di negeri tersebut pada 26 November 2020 dengan Kota Bharu mencacatkan kes terbanyak iaitu 13 kes, Tanah Merah (9), Machang (5) dan Bachok satu kes.

Kenyataan JKNK berkata, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, lapan daripadanya adalah kontak rapat Kluster Mengketil, manakala sembilan kes adalah kontak rapat Kluster Cengal membabitkan daerah Machang dan Kota Bharu. 


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Izani Husin


Pengerusi Jawatankluasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Izani Husin turut berdukacita dengan peningkatan kes COCID-19 yang berlaku di negeri terbabit.

Sehingga 26 November 2020, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19. 

Beliau berharap, penduduk negeri itu sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa supaya penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Kerajaan Pusat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kelantan berkuat kuasa 21 November 2020 hingga 6 Disember 2020. - KitaReporters

1
0
1
0
1

Copy Link: