SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020, rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia kini turut memendekkan operasinya dari 24 jam kepada 16 jam. Bermula Sabtu, 21 Mac 2020, 7-Eleven akan hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 malam sehingga 31 Mac 2020. : KitaReporters


7-Eleven memaklumkan perkembangan terkini operasinya menerusi Facebook rasmi (https://www.facebook.com/7ElevenMalaysia/), kepada para pelanggannya dan memohon kemaafan atas segala kesulitan berikutan langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat serta pekerja mereka daripada terkena jangkitan wabak Covid-9.

"Kami tetap berdedikasi untuk memastikan keperluan anda dipenuhi sambil memastikan keselamatan dan kesihatan komuniti serta pekerja-pekerja kami. 

"Justeru itu, kami kini mengehadkan jam operasi cawangan kami dari jam 7 pagi ke 11 malam bermula dari hari ini sehingga 31 Mac 2020.

"Sila mengambil perhatian dan memaklumkan pengumuman ini kepada kalangan keluarga dan teman anda dan sekiranya anda perlu mendapatkan barangan keperluan, sila buat sedemikian sebelum jam 11 malam setiap hari. 

"Ribuan terima kasih atas kerjasama anda dan kami amat hargai sokongan anda pada masa kritikal ini," kata 7-Eleven Malaysia dalam posting terbaru itu.

Foto: FB 7-Eleven Malaysia


Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri Melaka pula telah mengarahkan kesemua cawangan 7-Eleven di negeri itu dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 petang sahaja.

Walau bagaimanapun kiosk 7-Eleven yang terletak di stesen-stesen pam minyak akan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 8 malam.

Namun begitu, pihak syarikat akan memaklumkan perubahan waktu operasi dari semasa ke semasa sejajar dengan arahan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Makluman, kini 7-Eleven mempunyai 2,240 buah kedai serbaneka di seluruh Malaysia. - KitaReporters


Fakta Menarik:

  • Pada tahun 1927, J. C. Thompson, pemilik The Southland Ice Company syarikat pembekal ais adalah merupakan pengasas 7-Eleven.
  • Pada tahun 1928 hingga 1946,ia dikenali sebagai Tote'm menjalankan perniagaan barangan keperluan dapur di Dallas,Texas,Amerika Syarikat.
  • Pada tahun 1947,  Tote'm telah ditukarkan namanya kepada 7-Eleven.
  • Konsep kedai serbaneka yang dibuka setiap hari (7 hari) bermula jam 7 pagi hingga 11 malam.
  • Kedai 7-Eleven yang pertama di Malaysia ialah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dibuka pada 9 Oktober 1984.
  • Minuman Slurpee menjadi trademark kepada para pelanggannya, mula diperkenalkan pada 21 Januari 2008.
  • 7-Eleven menyambut ulang tahun ke-25 pada 6 April 2009 serentak dengan pembukaan cawangan kedainya ke-1,000 di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor.
  • Di Malaysia, sambutan hari ulang tahun 7-Eleven akan diraikan setiap 7 November (7/11); dan sepatutnya pada 11 Julai sempena hari kelahirannya

Pengasas 7-Eleven, Joe C.Thompson. - Kredit foto: https://en.wikipedia.org/wiki/7-Eleven#History 


 J. C. Thompson, pemilik The Southland Ice Company syarikat pembekal ais adalah merupakan pengasas 7-Eleven. - Kredit foto: https://en.wikipedia.org/wiki/7-Eleven#History 

1
1
0
0
0

Copy Link: