PENDUDUK Kampung Bukit Cina di Pasir Akar, Hulu Besut sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kehidupan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Diperletatkan (PKPD) bagi kali kedua apabila kampung tersebut dikenakan perintah berkenaan bermula 17 Ogos 2021.

Lokaliti berkenaan terletak dalam Mukim Pasir Akar, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut. Dikenakan PKPD selepas merekodkan 55 kes COVID-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKPD

Gambar hiasan... Anggota Tentera memasang kawat duri di sebuah kampung di daerah Besut yang dikenakan PKPD


Sebelum ini, penduduk di lokaliti terbabit sudah dikenakan PKPD pada 22 Mei hingga 4 Jun 2021.

Kes indeks bagi kluster komuniti Bukit Cina ini berpunca daripada kes seorang wanita Thailand yang berusia 64 tahun dan disahkan positif wabak itu hasil saringan individu bergejala pada 8 Ogos lalu.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu pada Ahad 15 Ogos 2021 berkata, PKPD di lokaliti terbabit bermula 17 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021.




Sementara itu, sebanyak 19 lokaliti di Terengganu telah dilanjutkan tempoh PKPD masing-masing iaitu di Mukim Kuala Dungun terbabit iaitu Sungai Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kg Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu Akar. 

Turut terlibat ialah 14 lokaliti di Mukim Sura, Dungun iaitu Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya, Taman Delima Batu 6, Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang.

Manakala lokaliti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Anak Ikan di Jabi, Besut yang dikenakan PKPD sejak 3 Ogos 2021 ditamatkan pada 16 Ogos 2021. - KitaReporters


 

1
2
2
1
0

Copy Link: