Berita Terkini| Syabas Air Selangor! Bekalan air pulih sepenuhnya di Petaling, Klang, Shah Alam

Published by
KitaReporters

Kredit foto: projekmm.com


KESEMUA 31 kawasan yang berdepan gangguan bekalan air berjadual di wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam kini telah pulih sepenuhnya seawal 6 pagi ini, Khamis 1 April 2021.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri menerusi satu kenyataan media di Kuala Lumpur memaklumkan bekalan telah pulih sepenuh dan berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual berkenaan

"Air Selangor ingin memohon kerjasama para pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera," katanya.

Gangguan bekalan air itu berlaku berpunca daripada kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada 30 Mac 2021.

Sebelum ini, menerusi laporan Astro Awani memaklumkan sebanyak 89 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac, dan 6 April 2021. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: