PASUKAN gergasi Esports Malaysia, Yoodoo Gank gagal untuk layak ke Super Weekend pada minggu terakhir apabila berada di kedudukan ke-19 daripada 20 pasukan.

Kegagalan untuk layak ke Super Weekend minggu ketiga ini bermakna mereka telah terlepas untuk jadi juara kumpulan yang menawarkan slot automatik ke final SEA nanti.

Namun begitu, untuk penyokong Yoodo Gank, jangan risau kerana pasukan ini tetap akan ke pusingan akhir kerana kedudukan mereka dalam liga sangat baik.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PUBG



Kredit video: FB & IG Wtmtoday 


Jika dilihat Super Weekdays minggu terakhir ini, permainan mereka seperti tidak kena dan ditambah pula pasukan Dingoz E-Sports terus memburu Yoodo Gank.

Misi utama Dingoz E-Sports seperti tidak mahu beri laluan kepada Yoodo Gank untuk bermain di Super Weekend

Bukan setakat Yoodo Gank gagal layak ke Super Weekend minggu terakhir tetapi pasukan Whales dan Team Bosku yang sebelum ini bermain di Super Weekend juga gagal layak ke pusingan terakhir Super Weekend minggu ini. 


Kredit foto: FB Dingoz E-Sports


Untuk Super Weekdays minggu ketiga, pasukan JP NSEA berjaya ungguli carta dan ini sudah pasti mampu tambah keyakinan untuk bermain di Super Weekend, sekali gus memburu slot ke pusingan akhir musim ketiga nanti. 

Jangan lupa saksikan Super Weekend yang akan berlangsung pada 10 dan 11 April 2021 ini. 

Persaingan siapa akan juara peringkat kumpulan dan 16 pasukan yang akan layak ke pusingan akhir akan terjawab dalam Super Weekend minggu ini. - KitaReporters



1
0
0
0
0

Copy Link: