Berita Terkini| Pekan Rabu Alor Setar ditutup 3 hari! Sanitasi bangunan! Bukan sebab jangkitan!

Published by
KitaReporters


KOMPLEKS Pekan Rabu, di Alor Setar, Kedah ditutup selama tiga hari bermula Ahad, 16 Mei 2021 sebagai langkah pencegahan untuk mengekang penularan Covid-19.

Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Ridhuwan Mustafa berkata, penutupan kompleks perniagaan itu bermula 16 hingga 18 Mei bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi bangunan secara keseluruhan.

Beliau bagaimanapun menegaskan penutupan kompleks berkenaan bukanlah dibuat disebabkan jangkitan dalam kalangan peniaga.

"Dakwaan bahawa Pekan Rabu ditutup disebabkan ada jangkitan dalam kalangan peniaga hanya salah faham dan khabar angin.

"Kita tutup untuk sanitasi selepas mendapati ada beberapa pengunjung dikhuatiri memakai gelang merah jambu cuba memasuki premis," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Ahad, 16 Mei 2021.

Ridhuwan berkata, walaupun pengunjung berkenaan tidak dibenarkan masuk ke Pekan Rabu dan belum disahkan dijangkiti virus, namun warga Pekan Rabu mengambil langkah berjaga-jaga.

Kompleks peniagaan ini ditutup atas inisiatif warga Pekan Rabu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung ke Pekan Rabu.

Sehubungan itu Ridhuwan, beliau meminta pengunjung tidak bimbang berikutan pihaknya mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan penutupan kompleks perniagaan berkenaan hanyalah untuk proses sanitasi semata-mata. –KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
1
0
0

Copy Link: