TAHUKAN anda bahawa masih terdapat negara-negara yang masih melaporkan belum dijangkiti penyakit Koronavirus-2019 atau  Covid-19? Sejumlah 19 buah negara yang bebas daripada virus tersebut masing-masing terletak di benua Afrika, Asia Barat dan Oceania. : KitaReporters


Negara-negara tersebut ialah :

  • Afrika : Lesotho, Comoros, Sao Tome & Principe, Malawi dan Sudan Selatan
  • Asia : Korea Utara, Yemen  (Yaman), Turkmenistan dan Tajikistan
  • Oceania : Kepulauan Soloman, Samoa, Palau, Tuvalu, Nauru, Kiribati, Negara-Negara Bersekutu Micronesia, Vanuatu, Tonga dan Kepulauan Marshall

Menurut pakar, kebanyakan negara ini akan berisiko besar apabila berdepan dengan pandemik Covid-19 disebabkan tiada fasiliti kesihatan yang sempurna dan mencukupi.

Di Yemen misalnya, negara itu sedang menghadapi perang saudara yang berlanjutan sejak lima tahun dulu, walaupun Pasukan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa diadakan gencatan senjata.

Menurutlaporan New York Times, baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menghentikan bantuan perubatan untuk rakyat Yemen.

Justeru itu, 80 peratus rakyat Yemen kini bergantung kepada bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatan daripada pihak negara luar.


Sebelum ini, terdapat juga beberapa buah negara di benua Afrika sudah terkena jangkitan Covid-19.

Pengarah UNCTAD bahagian Pembangunan Strategik Global, Richard Kozul-Wright berkata kebanyakan negara Afrika mempunyai sistem perkhidmatan kesihatan yang sangat lemah.

“Sudahlah ekonomi negara mereka lemah dan miskin, nanti diikuti pula krisis kesihatan dengan kedatangan wabak penyakit seperti Covid-19.

“Sememangnya mereka tidak akan dapat menanganinya apatah lagi serangan virus itu berlaku dengan pantas," kata beliau.

Salah sebuah hospital di Malawi menghadapi masalah fasiliti perkakasan kesihatan dan ubat-ubatan ketika memberi rawatan kepada pesakit. Kredit foto: Malawi Nyasa Times


Di Turkmenistan, lain pula ceritanya di mana rakyatnya tidak dibenarkan bercakap pasal Covid-19 dan

boleh dikenakan tindakan.

Pihak kerajaan Turkmenistan bertindak sedemikian dengan tujuan tidak mahu menimbulkan suasana panik dalam kalangan rakyatnya.

Begitu pula dengan Korea Utara yang skeptikal dan merahsiakan sebarang maklumat lebih-lebih lagi mengenai perkembangan Covid-19 seolah-olah terputus hubungan dengan dunia luar.Korea Utara merupakan negara terawal melakukan lockdown bermula sejak Januari lalu selepas China diisytiharkan dilanda wabak virus ”Wuhan”.

Perdagangan dua hala antara Pyongyang dan Beijing secara automatik terhenti buat sementara waktu berikutan Covid-19. KitaRReporters

1
0
0
0
1

Copy Link: