Video| Wanita terkejut! Kapasiti elektrik di Malaysia unlimited! Di Indonesia kena ikut harga dibayar!

Published by
KitaReporters


Jauh perjalanan, luas pemandangan. Merantau ke negara orang banyak memberi ilmu dan pengajaran baharu. Tidaklah jadi seperti katak di bawah tempurung. 

Pengalaman seorang wanita dari Indonesia yang bertemu jodoh dengan orang Malaysia, membuka matanya tentang pelbagai budaya, bahasa dan pengalaman.

Menerusi akaun TikToknya, Nadhifnasyaa, dia berkongsi pengalaman tersebut bersama para pengikut. Walaupun antara Indonesia dan Malaysia tidak banyak bezanya, namun ia tetap ada dan sesekali boleh mengelirukan.

Paling ketara daripada segi bahasa. Nampak sama tetapi sebenarnya banyak juga bezanya. Ada sesetengah ejaannya sama tetapi membawa maksud berlainan. 

Setelah beberapa tahun tinggal bersama suami di Malaysia, semakin jelas dia melihat perbezaan antara kedua-dua negara sama ada dari segi kehidupan, bahasa dan budaya.


Perkara baharu yang dipelajari sepanjang tinggal di Malaysia.


Jadi, tidak hairanlah dia sering berkongsi perbezaan itu dalam TikToknya. Malah, perkongsiannya itu juga sebenarnya memberi ilmu baharu kepada orang lain atau netizen (orang Malaysia) yang mengikuti content yang dihasilkannya.

Contohnya mengenai penggunaan bekalan elektrik di setiap rumah. Rupa-rupanya ada perbezaan. 

Kalau di Malaysia, penggunaan watt (ukuran kapasiti elektrik) adalah tidak terhad (unlimited). Namun ia berbeza di Indonesia. Di sana, penggunaan watt di setiap rumah berbeza mengikut harga bayaran yang telah dibayar.



“Harga barang elektrik di Malaysia lebih murah dibandingkan di Indonesia. Tapi penggunaan daya (watt) besar-besar. Kalau aku bawa balik ke Indonesia, elektrik di rumah emak pasti akan menendang,” tulisnya.

Mengambil rujukan daripada Google, penggunaan elektrik paling rendah di rumah ialah untuk golongan tarif R-1 (isi rumah kecil) adalah sebesar 900 volt-ampere atau VA dan memiliki tarif Rp 1,352/kWh.

Manakala penggunaan elektrik paling tinggi di rumah ialah untuk golongan tarif R-3 (isi rumah besar) adalah sebesar 6,600 VA dan memiliki tarif Rp 1,699.53/kWh.


Andai terlebih guna, bekalan elektrik akan dimatikan secara automatik.


Ini bermakna, kalau anda mampu atau terdiri daripada golongan kaya, anda boleh melanggan yang lebih mahal. Kalau di Malaysia, ia seperti langganan Internet. Banyak anda bayar, maka besarlah kuota Internet tersebut.

Perkongsian inilah yang mengejutkan kebanyakan netizen dari Malaysia. Mereka tertarik kerana di Malaysia penggunaan elektrik adalah unlimited

Jadi, dalam satu masa, anda boleh menggunakan ke semua barang elektrik yang ada di rumah. Cuma akhir bulan, tunggu sahaja jumlah bil yang mencanak.



“Dengan aku-aku culture shock bab watt tu. Seriuslah korang ada had?” tanya netizen terkejut.

Berbeza di Indonesia, anda hanya boleh menggunakan barang elektrik mengikut had yang telah dilanggan. Andai terlebih menggunakannya, maka elektrik akan menendang atau automatik mati kerana terlebih watt. Justeru, bagaimana yang lebih bagus? Apa pendapat anda?

First time dengar setiap rumah boleh pilih nak berapa watt elektrik masuk dalam rumah,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters



13
18
0
15
0

Copy Link: