Video| Tujuh lapisan bumi! Dah tertulis kewujudannya di dalam al-Quran! Dibuktikan oleh sains

Published by
KitaReporters

EDMOND HALLEY


Pada zaman dahulu, teknologi dan ilmu yang masih terbatas membuat manusia tidak mampu menghuraikan bentuk komposisi Bumi. Hanya sekitar abad ke-16 dan ke-17, sedikit demi sedikit pemahaman tentang komposisi Bumi mulai diperkatakan. 

Pada tahun 1692, Edmond Halley mengemukakan teori Hollow-Earth’. Dalam teorinya itu, Edmond mengemukakan pendapat baru bahawa Bumi terdiri daripada cangkang berongga setebal 800 kilometer. Edmond adalah orang yang menemui Komet Halley.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sains:

https://kitareporters.com/tag/sains


 


 Pada peringkat awal, saintis menyangka Bumi terdiri daripada tiga lapisan.


Teori yang dikemukakan Edmond kemudian memacu pelbagai kajian dilakukan tentang struktur dan lapisan Bumi. Kre

Pada peringkat awal, kajian saintis mendapati bahawa struktur Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu inti, mantel dan kerak (yang merupakan lapisan Bumi paling luar). Namun, teori awal itu mula berubah apabila lebih banyak penemuan-penemuan baru yang berjaya dirungkaikan. 

Penelitian yang pernah dilakukan oleh U.S Geological Survey membuktikan bahawa Bumi sebenarnya terdiri daripada tujuh lapisan iaitu INTI DALAM, INTI LUAR, MANTEL BAWAH, MANTEL ATAS, ASTENOSFERA, LITOSFERA dan KERAK. 

Setiap lapisan itu bersambung dan tersusun seperti lapisan bawang. Setiap lapisan pula mempunyai sifat dan komposisi yang berbeza dan mempunyai peranan masing-masing. 


Kredit foto: phys.org


Lapisan pertama iaitu INTI DALAM dikenal pasti sebagai teras yang paling dalam di Bumi. Dianggarkan kedalaman lapisan ini antara 5,150 kilometer hingga 6,370 kilometer jauh ke dalam perut Bumi. Struktur lapisan ini kukuh dan padat. 

Lapisan kedua iaitu INTI LUAR pula berada pada kedalaman 2,890 kilometer hingga 5,150 kilometer. Lapisan ini tidak begitu padat dan unsur-unsurnya lebih ringan dan cair. Lapisan kedua ini didapati bergabung dengan putaran Bumi dalam mengekalkan sistem arus elektrik yang dikenali sebagai ‘medan magnet Bumi’. 

MANTEL BAWAH pula adalah lapisan ketiga yang letaknya pada kedalaman antara 650 hingga 2,890 kilometer. Manakala MANTEL ATAS merupakan lapisan keempat yang diklasifikasikan sebagai wilayah mesosfera, yang juga disebut lapisan subur kerana menjadi sumber magma basalt. Di dalam kedua-dua lapisan ini menunjukkan terdapat gerakan yang boleh mencetuskan gempa bumi, pergerakan plat, pembentukan gunung dan lain-lain proses perubahan geologi di permukaan Bumi. 

Lapisan kelima ialah  ASTENOSFERA, diikuti lapisan LITOSFERA yang terdiri daripada mantel di bahagian bawah dan KERAK pada bahagian atasnya. 

Manakala lapisan Kerak adalah lapisan paling luar bumi, tempat manusia berpijak. Kedalamannya antara 0 hingga 100 kilometer. Lapisan ini merupakan zon aktiviti vulkanik sama ada di laut mahupun darat.


Tujuh lapisan Bumi yang berjaya dikaji saintis.



Tujuh lapisan kerangka bumi ini hanya ditemui saintis pada abad ke-20 dan dianggap satu penemuan penting dalam sains. Pun begitu, hakikatnya bahawa Bumi mempunyai tujuh lapisan sudah pun tertulis dalam al-Quran sejak ribuan tahun dahulu

Dalam surah at-Talaaq ayat 12, firman Allah bermaksud, “Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu.” 

Berdasarkan ayat itu, Allah S.W.T sebenarnya memberi perlambangan bahawa jika langit itu berlapis-lapis sehingga tujuh lapisan, maka demikian jugalah keadaannya dengan Bumi

Bermakna Bumi juga memiliki tujuh lapisan seperti mana langit, yang akhirnya diakui oleh kajian sains. - KitaReporters


 

 

4
0
0
0
0

Copy Link: