Syabas Kelab Sukan dan Rekreasi, Hospital Pakar KPJ Rawang! Kumpul 200kg sampah sarap di Pantai Remis

Published by
KitaReporters


Seramai 80 sukarelawan alam sekitar berjaya mengumpulkan hampir 200 kilogram sampah sarap yang boleh dikitar semula di kawasan pantai di Pantai Remis, Kuala Selangor baru-baru ini. 

Sampah yang berjaya dikumpulkan ialah straw minuman, cawan kertas minuman, pinggan plastik, botol plastik, tin minuman, bekas makanan polisterin, lampin bayi, punting rokok dan kotak rokok, kertas, baju dan kain. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program sukarelawan-sukarelawan


Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada 40 ahli Kelab Sukan dan Rekreasi, Hospital Pakar KPJ Rawang yang terdiri daripada staf, doktor dan doktor pakar serta 15 sukarelawan Yayasan Strategik Lestari (YSL) dan tiga ahli NGO Rakan Alam Malaysia. 

Aktiviti tersebut turut disertai sukarelawan termuda daripada YSL berumur 10 tahun dan 12 tahun, beberapa pelajar Kolej Sunway dan masyarakat setempat. 

Ketua Pegawai Eksekutif YS, Dr. Mohd Fuad Mohd Salleh berkata aktiviti tersebut mempupuk budaya melestarikan alam sekitar dalam kalangan peserta.  

“Usaha pembersihan pantai mendidik generasi akan datang supaya dapat memupuk budaya melestarikan alam sekitar dan memberi kesedaran kepada orang ramai,” katanya mengenai program anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Hospital Pakar KPJ Rawang, dengan kerjasama antara YSL, NGO Rakan Alam Malaysia dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).  

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Rawang, Ahmad Rafiquddin Mohd Amran. - KitaReporters/Kenyataan Media



10
14
0
13
0

Copy Link: