Ibu bapa Malaysia penyokong #1 dunia! Langkah hadkan akses medsos untuk remaja di bawah 16 tahun!
Published byMalaysia menjadi penyokong nombor satu dunia terhadap langkah mengehadkan akses kepada media sosial (medsos) untuk remaja berusia di bawah 16 tahun.


Menurut kajian global Family First oleh Varkey Foundation (Yayasan Foundation), Malaysia muncul negara mencatat peratusan tertinggi bancian dalam usaha melindungi kanak-kanak dalam ruang digital dengan 77 peratus ibu bapa Malaysia terhadap usaha tersebut.
"Malaysia mencatat peratusan tertinggi iaitu sebagai 77%, yang diikuti India (75%) dan Perancis (74%), manakala Jepun pula mencatat peratusan 38%, peratusan terendah," lapor kajian berkenaan.
Kajian global Family First oleh Varkey Foundationg melibatkan 6,002 ibu bapa, 6,011 anak mereka berusia 9 hingga 18 tahun, 3,000 datuk dan nenek kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur yang sama, serta 3,000 responden Gen Z.
Kajian ini dijalankan pada Januari sehingga Februari 2026 merangkumi 15 negara iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, India, Jepun, Kenya, Malaysia, Nigeria, Sweden, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).
Malaysia muncul sebagai antara negara dengan sokongan tertinggi di dunia terhadap cadangan mengehadkan penggunaan media sosial kepada individu bawah 16 tahun, berdasarkan kajian global tersebut.
Pautan kepada kajian tersebut boleh didapati di https://www.varkeyfoundation.org/post/6-in-10-parents-worldwide-support-social-media-ban-for-under-16s-but-children-are-divided

Antara dapatan utama kajian:
- 77% ibu bapa Malaysia menyokong had umur bawah 16 tahun
- 62% kanak-kanak & remaja Malaysia menyokong (global: 37%)
- 65% Gen Z Malaysia menyokong (global: 51%)
- Kajian melibatkan 15 negara
Kedudukan Malaysia:
- Malaysia: 77% (tertinggi)
- India: 75%
- Perancis: 74%
- Jepun: 38% (terendah)
Makna dasar:
- Mandat awam jelas
- Pendekatan ‘delay not ban’
- Platform bertanggungjawab (‘safety by design’)
Kenapa ia penting:
- Lindungi kanak-kanak daripada risiko digital
- Bantu perkembangan emosi lebih sihat
- Kukuhkan peranan keluarga
Kenapa perlu dipertimbangkan:
- Ini bukan sekatan, ini perlindungan
- Peranti bukan pengasuh
- Platform perlu bertanggungjawab

Sehubungan itu, langkah mengehadkan akses kepada media sosial (medsos) untuk remaja berusia di bawah 16 tahun selari dengan kehendak rakyat dan trend global untuk memastikan Internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga. - KitaReporters/Kenyataan Media
