YAYASAN Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu membuka peluang kepada usahawan muda negeri itu untuk menyertai Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) bagi membantu anak muda membangunkan perniagaan sendiri.

Program tersebut bagi membantu golongan muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta menceburi dunia keusahawanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan


Mohd Nurkhuzaini  Abd Rahman (kanan) melihat produk yang diusahakan oleh usahawan muda Terengganu.


Pengerusi  Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, keistimewaan program tersebut adalah penyediaan latihan dan bimbingan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang berkaitan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan Geran Peralatan sehingga RM5,000 serta Geran Pembangunan Perniagaan sehingga RM2,000 di samping pemantauan perniagaan.

“Antara syarat kelayakan ialah Bumiputera, Islam dan rakyat Terengganu, berminat menjadi usahawan sepenuh masa, berumur 18 hingga 35 tahun dan jika sekiranya berniaga mestilah tidak melebihi tiga tahun beroperasi,” katanya.

Beliau berkata, remaja yang berminat dalam bidang keusahawanan boleh membuat permohonan secara dalam talian sahaja boleh dibuat di laman pautan https://bit.ly/permohonan-UBES.

Tarikh tutup permohonan pada Ahad, 16 Januari 2022 dan untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan boleh hubungi melalui nombor talian 09-6242424 (Bahagian Pembangunan Usahawan). - KitaReporters

Peluang usahawan muda Terengganu ceburi bidang usahawan kini dibuka.

 

15
15
1
13
0

Copy Link: