Jivuben dan Valjibhai bersyukur dikurnia zuriat setelah penantian 45 tahun. Kredit foto: India Times

Semuanya adalah kuasa Tuhan. Wanita berusia 70 tahun yang sudah di luar masa subur dan hampir pasti sudah tidak boleh mengandung lagi melahirkan anak

Jivuben Rabari dari daerah Kutch, negeri Gujarat, India diberi Tuhan zuriat dengan melahirkan bayi lelaki diberi nama Lalo melalui kaedah pembedahan Caesar pada bulan September 2021 lalu.

Kesyukuran itu turut dikongsi oleh suaminya, Valjibhai Rabari, 75, kerana mereka menanti cahaya mata selama 45 tahun. Sebelum ini pasangan ini mencuba pelbagai cara untuk memiliki anak.


/

Setelah mencuba pelbagai cara akhir pasangan lanjut usia ini memperoleh zuriat. - Kredit foto: India Times

Setelah hampir kecewa dengan takdir, sekumpulan doktor diketuai  Dr Naresh Bhanushali memberi harapan baru. Kumpulan doktor itu melakukan kaedah In-Vitro Fertilisation (IVF) atau pensenyawaan IVF.

"Pada mulanya kami menjadikan kitaran haidnya teratur dengan memberikan ubat oral. Kemudian melebarkan rahimnya yang menyusut kerana usia.

“Kami melakukan pembenihan pada telurnya dan mencipta blastocyst lalu memindahkannya ke dalam rahim," kata pakar sakit puan, Dr Naresh Bhanushali kepada India Times.

Dr Naresh Bhanushali (kanan) memangku Lalo yang dilahir oleh Jivuben. - Kredit foto: India Times

Doktor kemudian melakukan sonografi selepas dua minggu dan terkejut melihat janin berkembang.

Seterusnya mereka melakukan pemerhatian berterusan. Mereka kemudiannya mengesan degupan jantung serta melihat tiada sebarang kecacatan pada janin bagi meneruskan kehamilan.

Ia juga merupakan satu kejayaan besar bagi kumpulan doktor ini kerana kali pertama berjaya melakukan kaedah IVF kepada wanita berusia selanjut 70 tahun. - KitaReporters


11
11
0
12
0

Copy Link: