Antara kandungan berita tular berhubung dakwaan 'Dr Nur' ditahan Israel


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi telah diminta Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk tampil membantu mengemukakan maklumat berhubung seorang warganegara Malaysia dikenali sebagai ‘Dr Nur’ yang didakwanya telah ditahan oleh Israel.

Memetik laporan Kosmo 27 Mei 2021, menurut kenyataan KLN pihaknya mengambil maklum perkongsian yang tular berhubung penahanan ‘Dr. Nur’ namun belum dapat mengenal pasti butiran peribadi serta perincian insiden tersebut.

“Semakan dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman, Jordan juga mendapati tiada individu bernama ‘Dr. Nur’ yang mendaftarkan keberadaan diri di Palestin atau menghubungi Perwakilan Malaysia bagi dapatkan bantuan.

“Keadaan ini menyulitkan usaha perwakilan Malaysia untuk menghubungi dan salurkan bantuan konsular sewajarnya kepada individu dikenali sebagai ‘Dr Nur’ berkenaan.

“Kementerian telah cuba menghubungi dua individu didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur bernama Dr. Aida dan Dr Shafiq bagi dapatkan maklumat lanjut berkaitan ‘Dr. Nur’, namun kedua-duanya gagal dihubungi,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, maklumat lanjut penting untuk pihak kementerian mencari jalan penyelesaian untuk membantu ‘Dr. Nur’ dan turut diminta tampil berbuat demikian ialah pemilik akaun Instagram @iesya_toh, Iesya Toh. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

2
1
13
1
1

Copy Link: