Jazro hari ini (25 Julai 20220 mengumumkan bahawa Karnival Robotik yang julung kali diadakan di Kompleks Beli-belah Evo Mall di Bangi dari 16 hingga 17 Julai telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila merekodkan 630 peserta berdaftar, termasuk kumpulan-kumpulan pelajar dari lima buah sekolah tempatan

Acara tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai robotik dalam kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun, dan ia dianjurkan oleh Jazari Robot Resources (Jazro) dan Evo Mall.  Dianggarkan juga kira-kira 2,000 pengunjung, termasuk ibu bapa dan individu, datang ke acara itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan teknologi robotik

Dari kiri ke kanan, Mohd Fauzi Ibni Hajar, Dr. Ong Kian Ming, dan Ir. Dzulfarqeish Zainuddin 


Karnival yang pertama kali diadakan ini di Bangi itu telah menarik perhatian Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi, yang hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis penutup. 

Dr. Ong memuji penganjur atas inisiatif mereka mengadakan acara itu. Beliau berharap acara serupa dapat dianjurkan pada masa akan datang, terutama yang mampu beri peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga B40 untuk belajar tentang robotik.

Ir. Dzulfarqeish Zainuddin, Pengasas Bersama Jazro, berkata, "Kami mahu membawa kanak-kanak lebih dekat dengan teknologi digital melalui aktiviti-aktiviti penglibatan secara langsung. 

"Kami jadikan proses pembelajaran menyeronokkan, dan pendekatan ini berkesan terhadap kanak-kanak yang ambil bahagian dalam pertandingan, bengkel, dan aktiviti lain semasa Karnival Robotik. Kami teruja dengan sambutan positif ini."



Sementara itu, Mohd Fauzi Ibni Hajar, Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall, menyatakan, "Kami bersyukuri kerana dapat bekerjasama dengan sekumpulan profesional muda berbakat di Jazro, yang telah membantu pasukan Evo Mall untuk menganjurkan acara yang sangat berjaya. 

"Melihat kepada sambutan yang luar biasa ini daripada komuniti kejiranan, kami percaya bahawa acara seperti ini harus diadakan lebih kerap selaras dengan misi kami untuk menjadi 'pusat membeli-belah mesra komuniti'. 

"Kami tahu bahawa kami dapat memenuhi keperluan penduduk Bangi khususnya untuk mengadakan sebarang acara berorientasikan pendidikan dan keluarga di premis kami."



Selain menyertai pelbagai bengkel dan pertandingan robotik, kanak-kanak, guru, dan ibu bapa juga menikmati pameran oleh D'Virtual Park, MDEC, MyTutor, PetroSains, Pickiddo, dan Project Mika.

Jazro, yang beribu pejabat di Terengganu, sudah mula berbincang dengan sekurang-kurangnya lima potensi rakan kongsi di Lembah Klang untuk menganjurkan acara serupa pada masa akan datang.

"Karnival Robotik Bangi telah memberi kami inspirasi untuk terus anjurkan acara yang sama untuk memupuk kesedaran yang lebih tinggi mengenai robotik dalam kalangan kanak-kanak, termasuk mereka dari keluarga B40, pada masa akan datang," jelas Ir. Dzulfarqeish. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
16
0
8
0

Copy Link: