Nasib baik salji tak turun? Segamat jadi Cameron Highlands! Kabus tebal, cuaca sejuk dingin melanda!
Published by
Keadaan yang nyaman dan seperti tempat peranginan Cameron Highlands itu bagaimanapun pulih seperti biasa sehingga kira-kira pukul 10 pagi.
Fenomena yang indah ini sempat dirakam oleh penulis di kawasan rekreasi Sungai Kapeh, Segamat.
Penulis rasa seolah-olah berada di tanah tinggi Cameron Highlands dan Genting Highlands ketika mengharungi cuaca itu ketika ke tempat beriadah tepi sungai itu.
Hujan lebat pada awal petang kelmarin berkemungkinan menjadi punca kabus tebal ini.
Penulis terkejut melihat cuaca ini dan jarak penglihatan juga agak terhad, namun ramai yang beriadah dan kenderaan menyalakan lampu sebagai langkah keselamatan.
Jarang kita boleh lihat dan rasai keadaan berkabus dan sejuk seperti ini di lokasi tanah rendah seperti Segamat.
Kebiasaannya keadaan berkabus berlaku sehingga 7 pagi, namun cukup berbeza pada hari kejadian di mana keadaan kabus ini berlanjutan beberapa jam.
Penulis biasanya keluar awal pagi selepas subuh untuk berjogging memang keadaan kabus namun tidak cukup tebal dan sejuk seperti hari tersebut amat luar biasa.

Sementara itu, penulis sempat menghubungi Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Helmi Dato' Sha'ri @ Shangari, dan dia mengakui keadaan kabus tebal itu berlaku berikutan hujan lebat selama beberapa jam, sejak lewat petang 22 April 2026 lalu dan ia merupakan satu fenomena menarik.
"Penduduk Segamat sememang menanti cuaca sejuk seperti
ini untuk beriadah kerana badan terasa nyaman berbeza dengan cuaca panas yang
berpanjangan sebelum ini.
"Selain pemandangan berkabus itu amat menarik, ia juga memberi impak cuaca sejuk kerana sebelum ini Segamat berasa amat bahang disebabkan hujan tidak turun beberapa minggu sebelumnya.
"Ini keadaan biasa berkabus sekiranya hujan lebat berlaku di sekitar tepi Sungai Segamat dan lokasi riadah yang dikawal selia pihak MPS sekitar Sungai Kapeh Bandar Segamat.
"Mungkin keadaan ini kita boleh jadikan tarikan pelancongan juga ke Segamat jika ia berlarutan beberapa kali dalam setahun," kongsinya.

Wahhh selepas ini Segamat boleh jadi tempat pelancong bagi yang mahu menikmati cuaca sejuk di pagi hari. Mungkin juga buah strawberi boleh mula ditanam di daerah ini. - KitaReporters
