KASIH sayang adik beradik ibarat air dicincang tidak akan diputus… biarpun sering bertelagah namun disebabkan adik beradik kasih sayang tetap mengalir antara satu sama lain. Kerana kasih kepada adik, adakalanya si abang atau di kakak sanggup lakukan apa sahaja untuk menterjemahkan kasih tersebut. : KitaReporters


Di India, seorang abang 'termakan' pujukan adik lelakinya yang mahukan sut Iron Man sebagai koleksi mainan.

Namun disebabkan kesempitan hidup, dua beradik dari Manipur, India itu tidak mahu menyusah ibu bapa mereka kerana tahu tidak mampu merealitikan impian berkenaan.

Keadaan berkenaan mendorong remaja berusia 20 tahun itu mereka sendiri sut War Machine Marvel daripada bahan-bahan elektrik terbuang.

Hasilnya sangat wow! Walaupun menggunakan bahan terbuang. Kalau dah mahu apa sahaja mesti jadi kan!

SENTUHAN TERAKHIR... remaja berusia 20 tahun itu menyiapkan robotik yang diidamkan adiknya sendiri. - Kredit foto: FB Ningombam Prem Angom.


Memetik Swarajna Magazine, Ningombam Prem tekad menyiapkan mainan adiknya dengan menggunakan kadbod, alat mainan elektronik, lampu kecemasan, picagari dan kerangka pembesar suara.

HANYA menggunakan bahan terbuang akhirnya Ningombam Prem mampu merealisasikan impian adik lelakinya sendiri.


Biarpun ciptaan itu tidak sehebat sut Iron Man yang disaksikan di kaca televisyen dan mampu menghasilkan pantulan sinar laser.

Prem berjaya membuatkan sut ini menyalakan lampu dan menggerakkan bahagian tertentu yang dikuasakan oleh beberapa motor.


Ternyata kerja tangan itu membanggakan sehingga dia dikenali ramai.

Lebih menariknya, usaha itu dilakukan sendiri tanpa pernah mendapat latihan asas dalam bidang robotik.

Nilah dinamakan genius!

Kerana minat dunia robotik, remaja cekal itu sering mencuba nasib sejak lima tahun lalu dengan melakukan kerja-kerja robotik.


Dia akhirnya berjaya menghasil beberapa mekanisme robot seperti replika helmet Iron Man dan juga alat penembak sarang labah-labah seperti yang anda lihat dalam filem Spiderman.

BANGGA dengan kerja tangan sendiri.


Selain meminati robotik, Prem juga meminati lukisan dan dikini meneruskan pengajian dalam bidang kesenian di sebuah kolej.

Semoga 'keistimewaan' yang ada dalam dirinya mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga. - KitaReporters

5
1
1
0
1

Copy Link: