Pusat Perubatan Sunway (SMC), Bandar Sunway bakal menganjurkan acara komuniti berasaskan kesihatan, Karnival Health Living SunMed (Karnival Kehidupan Kesihatan SunMed) 2026 pada Ahad, 26 April 2026, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang bertempat di Lobi Menara D, SMC.


Bertemakan “Kesihatan Lebih Baik. Kehidupan Lebih Bermakna”, SMC menggalakkan gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan berasaskan pencegahan, dan kesejahteraan komuniti melalui acara yang menyeronokkan dan menarik.


Berpandukan tema “Kesihatan Lebih Baik. Kehidupan Lebih Bermakna” (Better Health. Better Life), karnival ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan melalui pencegahan, dan kesejahteraan komuniti. 

Ia juga dianjurkan bagi menggalakkan individu serta keluarga mengambil langkah praktikal ke arah meningkatkan kesihatan mereka secara menyeluruh dalam suasana yang menyeronokkan dan interaktif.

Berdasarkan ramalan data terkini, tahap kesihatan dan kesejahteraan am rakyat Malaysia berada pada tahap yang perlu diberi perhatian dan berdepan cabaran jangka panjang, terutama penyakit tidak berjangkit (NCD) yang berpunca daripada faktor gaya hidup. 

Kadar obesiti kekal tinggi, dengan lebih 2.85 juta kanak-kanak (berumur 5-19 tahun) dijangka mengalami berat badan berlebihan atau obes menjelang 2026, selain menjejaskan lebih 32.6% orang dewasa. 

Peningkatan prevalens NCD seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, dan kanser turut menjadi kebimbangan utama di Malaysia.

Selaras dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April 2026 ini, karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang pentingnya penjagaan kesihatan melalui pencegahan, pendidikan mengenai kesihatan, serta amalan gaya hidup yang lebih sihat.

Tan Mei Shin, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Korporat SMC berkata, “Di SMC, kepentingan pesakit dan komuniti adalah teras utama dalam setiap usaha kami. 

"Melalui karnival tahunan ini, kami ingin memperkasa rakyat Malaysia agar mereka mengukuhkan imuniti, mengekalkan kecergasan fizikal, dan mengamalkan gaya hidup aktif. 

"Kami berharap, dengan mengamalkan gaya hidup sihat, ia akan memberi inspirasi kepada individu dan komuniti untuk mengutamakan kesejahteraan diri demi menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.”


Para pengunjung di Karnival Healthy Living SunMed 2026 boleh menantikan pelbagai pengalaman interaktif dan berinformasi yang menggalakkan kesedaran kesihatan, di samping penilaian kesihatan oleh Pusat Kecemerlangan SMC.


Pengunjung boleh akses pelbagai saringan dan penilaian kesihatan yang dikendalikan oleh Pusat-Pusat Kecemerlangan SMC, termasuk Analisis Komposisi Badan, Ujian Glukosa Darah & Kolesterol, Ujian Tekanan Darah Postural, Ujian Ketahanan Sit-to-Stand, dan banyak lagi.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti interaktif dan informatif seperti Cabaran Lightning Reflex, Cabaran Pickleball, Marketplace Hidup Sihat, reruai kesedaran kesihatan, pendengaran dan kanser, sesi kuiz, serta segmen cabutan bertuah. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
14
0
10
0

Copy Link: