SEBUT sahaja IKEA pasti terbayang pada mata pelbagai kelengkapan dan aksesori rumah serta bebola daging yang menyelerakan. Gedung perabot terkenal berasal dari Sweden ini memikat hati sesiapa sahaja terutamanya golongan wanita. Justeru tidak hairanlah ia ada di mana-mana negara. : KitaReporters

Akhirnya impian rakyat Filipina untuk memiliki gedung perabot terkemuka ini tercapai.


Lagi cerita-cerita berkaitan IKEA:

https://kitareporters.com/search?search=IKEA


Di Malaysia sendiri pun ada beberapa buah IKEA yang beroperasi bagi memenuhi kehendak pelanggan. Namun, tahukah anda gudang IKEA terbesar di dunia bakal dibuka di Filipina?

Ya, ia bukan sahaja gedung terbesar di dunia tetapi juga yang pertama di Filipina! Nampak gayanya Filipina sudah ‘mencaras’ rekod gedung terbesar dunia dari Korea Selatan yang memegangnya sebelum ini.

Berita gembira untuk rakyat Filipina kerana mereka sudah lama menunggu gedung IKEA dibuka di negara mereka.

Pasti anda nak tahu berapa saiz gedung IKEA di sana sehingga dinobatkan terbesar di dunia bukan?

Pembukaannya terpaksa ditunda ke tahun 2021 akibat pendemik COVID-19.


Terletak di Pasay City, Manila, gedung tersebut mempunyai keluasan sebesar 700,000 kaki persegi di kawasan yang terletak di Mall of Asia, tepat di Kawasan Teluk Manila

Wow, menghadap lautan biru!

IKEA terbesar di dunia ini terletak di antara dua pusat beli-belah.


Masih tak dapat nak bayangkan lagi keluasannya? Okay, kalau anda nak tahu keluasannya lebih kurang sebesar 150 gelanggang bola keranjang atau lebih.

Keterujaan orang di sana sedikit terbantut dek kerana pendemik COVID-19, kerana banyak kerja pembinaan tergendala sehingga menyebabkan pembukaannya ditunda ke tahun hadapan iaitu 2021, yang sepatutnya dibuka pada tahun ini. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: