GAMBAR hiasan... Masih ramai golongan warga emas yang sudah mendaftar namun belum mendapat tarikh janji temu untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. 


KIRA-KIRA 1.7 juta warga emas di seluruh negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah itu, lebih 500,000 daripadanya telah dilengkapi dua dos sejak fasa kedua PICK pada April lalu.

“Saya dimaklumkan terbaharu setakat 20 Jun lepas, seramai 1,742,141 warga emas sudah divaksin daripada 2.4 juta yang berdaftar.

“Lebih daripada 50 peratus warga emas yang telah mendapat vaksin sekurang-kurangnya satu dos dan yang sudah lengkap dua dos vaksin adalah lebih 500,000 warga emas,” katanya seperti dipetik oleh Malaysia Gazette pada Jumaat, 25 Jun 2021.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, sejumlah sejuta warga emas di negara ini masih belum mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin dalam program PICK.

Katanya kementeriannya akan giat menggerakkan sukarelawan di bawah agensi bagi memastikan baki warga emas didaftarkan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

“Proses ini berjalan namun masih ada warga emas yang masih belum mendaftar kalau ikutkan 10 peratus daripada jumlah penduduk negara iaitu 3.2 juta warga emas, kurang daripada satu juta masih belum mendaftar, ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


RINA memberi jaminan kementerian akan menggerakkan sukarelawan bagi memastikan lebih ramai warga emas didaftar untuk mendapat suntikan vaksin.

 

0
0
0
0
0

Copy Link: