Papan iklan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. - Gambar hiasan


SELAIN iklan menerusi media sama ada elektronik, media cetak dan media sosial, papan iklan adalah antara kaedah untuk mempromosi sesuatu produk dan pengumuman awam yang boleh menarik perhatian terutama yang memaparkan wanita seksi. 

Papan iklan atau billboard yang biasa kelihatan di jalan raya atau lebuh raya sama ada mempamerkan wanita seksi atau berhijab menjadi pilhan pengiklan untuk bahan promosi sesuatu produk terutama produk wanita.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan papan iklan

Sebuah papan tanda yang kelihatan bersopan yang dipasang di Terengganu


Bagaimanapun, tidak semua papan tanda tersebut diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan kerana ia memerlukan proses dan mengikut tatacara dan undang-undang sesebuah negeri. 

Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa berusaha bagi memastikan apa jua aktiviti yang dijalankan di negeri ini mematuhi syariat Islam termasuk papan-papan iklan tidak dibenarkan mempamerkan wanita seksi atau tidak menutup aurat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, apa jua papan iklan daripada mana-mana pihak bertujuan untuk mengiklankan produk, perkhidmatan dan sebagainya perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


Satiful Bahri Mamat


"Perkara ini sudah lama kita buat, ia dilaksanakan menerusi jalinan kerjasama antara jawatankuasa pelancongan, dakwah dan juga menerusi portfolio saya, kami meletakkan syarat semua iklan yang ingin dipamerkan di 'billboard' di negeri ini mesti selari dengan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri,”katanya.

Menurutnya, antaranya syarat yang dikenakan ialah iklan wajib menutup aurat, tidak mengiklankan apa jua yang bertentangan dengan ajaran Islam supaya menghormati sensitiviti masyarakat setempat.



Mengulas lanjut,  Satiful Bahri berkata, kerajaan negeri juga berhasrat untuk memperbanyak papan iklan yang berunsur nasihat serta mendidik orang ramai agar jelas faham dengan usaha dilakukan kerajaan negeri dalam pelaksanaan syariah di negeri ini.

"Kawasan utama yang menjadi tumpuan kita seperti destinasi pelancongan, pulau-pulau dan sebagainya akan kita buat perkara ini supaya mereka menghormati akan adat, budaya dan ajaran Islam,” katanya. 

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha memberikan nasihat dengan pelbagai cara dan inisiatif serta melakukan hebahan secara berterusan mengenai dasar dan polisi yang telah kita tetapkan dalam mendidik rakyat serta mereka yang berkunjung ke sini agar memahami Islam dengan baik dan dijadikan panduan untuk melakukan apa jua aktiviti agar negeri ini terpelihara kesejahteraan dan keharmoniannya. - KitaReporters


Contoh papan tanda wanita berhijab yang dibenarjkan oleh Keraajaan Terengganu

9
12
1
17
0

Copy Link: