JIKA sebelum ini, kita menjadi pusat kitar semula sebagai lokasi terakhir bagi melupuskan barangan yang tidak digunakan. Namun keadaan itu kadang-kadang menjadi rancangan untuk kitar semula tergendala berikutan pusat berkenaan jauh dan sukar dikesan. Tetapi kini, anda tidak perlu khuatir lagi kerana Pusat Beli Belah IPC di Mutiara Damansara menyediakan pusat berkenaan bagi memudahkan urusan masyarakat moden hari ini. : KitaReporters

PENGUNJUNG boleh menghantar terus bahan buangan untuk dikitar semula di Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (RBBC) IPC, Mutiara Damansara yang dibuka setiap hari seawal 10 pagi. - Ihsan IPC.


Dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya inisiatif kelestarian tahunannya, IPC Shopping Centre (Pusat Beli-Belah IPC) tampil melancarkan kempen 'Trash to Treasure (Sisa kepada Harta) untuk membantu masyarakat menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada ‘norma/amalan baharu’.

Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran Digital IPC Shopping Centre, Mark Tan, berkata, menerusi kempen yang bermula 1 Jun hingga 2 Ogos 2020, pengunjung boleh menghantar bahan kitar semula mereka ke Pusat Kitar Semula & Beli-Balik (RBBC) IPC.

BARANGAN yang dikitar semula akan ditimbang untuk mendapat pulangan tunai dan resit kutipan. 


Menerusi kempen ini, IPC Shopping Centre berusaha menjadi lebih daripada destinasi beli-belah, tetapi juga menjadi hab bagi pelupusan sampah lestari.

Menarik kan… usaha pusat beli-belah ini, bukan setakat itu sahaja pengunjung yang berpeluang menikmati ganjaran hebat eksklusif bagi kategori bahan-bahan tertentu.

Wah ada hadiah lagi bila kitar semula.. bukan sahaja mata ganjaran tetapi juga berpeluang memiliki wang tunai.

Malah, IPC juga merupakan destinasi beli-belah pertama untuk menyediakan kemudahan seperti RBBC sejak 2009.

Tahun ini pihak IPC meneruskan usaha menjadi pusat beli-belah perintis untuk memperkenalkan dua kategori kitar semula baharu – makanan dan fabrik.

Tan menambah, pihaknya menyediakan tong kutipan fabrik dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk membolehkan pengunjung melupuskan produk berasaskan fabrik masing-masing yang termasuk pakaian, mainan lembut, kasut, beg, kain linen dan kain langsir.

Bagi memudahkan pengunjung, IPC juga turut menyediakan kaunter pandu lalu dan memasukkan sisa fabrik di RBBC.

PENGUMPULAN lebihan makanan akan ditempatkan peti beku khas di pusat berkenaan.


Mudah kan! Bukan saja boleh beli belah tapi lupus bahan kitar juga dilakukan dalam bangunan sama.

Dalam masa sama, jelasnya, pengunjung digalakkan untuk mengasingkan dan membekukan sisa makanan mereka dalam bekas atau beg plastik yang kedap udara untuk mengelakkan sisa daripada mereput sebelum dihantar ke RBBC.

“Sisa organik yang dikumpulkan akan dikitar semula secara biologi dan dikompos sebelum diproses semula sebagai bahan makanan haiwan dan baja organic,” ujarnya.

Katanya lagi, usaha berkenaan dilakukan bagi memudahkan masyarakat hari ini

“Semua yang kami lakukan di sini adalah demi masyarakat, sambil kita mengamalkan kebiasaan baharu, aktiviti kitar semula seolah-olah menjadi perkara terakhir yang terlintas dalam kotak fikiran kita.

“Sebagai sebuah pusat beli-belah lestari, kami ingin memperkasakan masyarakat untuk menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka,” tegas beliau.

Sejajar dengan matlamat ini, pusat beli-belah ini berhasrat untuk mengukir kenangan bermakna bagi individu dan keluarga di dalam masyarakatnya, sambil mereka meluangkan masa bersama dengan mengurangkan sisa di rumah dan menyisihkan bahan buangan untuk mengelakkan pertambahan isi kandungan tapak pelupusan, dan mengurangkan keperluan bagi bahan baharu.

Murninya usaha IPC ni… Jom kita sertai kempen ini bukan sahaja clear rumah kita tapi berpeluang miliki hadiah wang tunai. : KitaReporters

2
3
0
0
0

Copy Link: