Terengganu berharap beralih ke Fasa 3 PPN Sept! Tapi rakyat tetap kena berdisiplin! Patuhi SOP!

Published by
KitaReporters


TERENGGANU sudah hampir untuk beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila penduduk negeri itu yang sudah menjalani proses vaksinasi hampir mencapai 80 peratus bagi penerima dos pertama dan 45 peratus dos kedua

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan melihat kepada nilai ambang peralihan fasa PPN yang seterusnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Dr Abdul Razak Alias


Katanya, kerajaan negeri menjangkakan negeri ini akan beralih ke fasa seterusnya dalam bulan September 2021 ini.

Bagaimanapun, Dr Alias mengingatkan kepada seluruh warga negeri agar terus berdisiplin dalam pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak mengambil mudah terhadap kelonggaran tersebut

“Saya menasihati semua bahawa peralihan fasa ini bukan bermakna tiada risiko virus, anda masih lagi boleh dijangkiti dan menjangkiti, walaupun telah lengkap suntikan. Kelonggaran ini adalah lebih menjurus kepada keperluan ekonomi," katanya pada media pada Isnin 30 Ogos 2021.


Penduduk Orang Asli di Perkampungan Kuala Sayap, Hulu Besut, menunggu giliran  diberikan suntikan Vaksin COVID-19


Tambah beliau, hasil vaksinasi di Terengganu menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berjaya mengurangkan kes serius COVID-19 yang tergolong dalam kategori 3, 4 dan 5, meskipun kes harian kekal tiga angka.

Kes kategori sederhana dan teruk ini masih di bawah satu peratus, kebanyakan yang positif adalah mereka yang tiada gelaja atau bergejala ringan,” jelasnya lagi. - KitaReporters


Dua penduduk Orang Asli Kuala Sayap, Hulu Besut menyemak pendaftaran untuk suntikan vaksin COVID-19.

0
0
0
0
0

Copy Link: