PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron, dinyatakan positif virus Covid-19. Dia menjalani isolasi kurantin sendiri dan menjalankan tugas kepresidenan dari jarak jauh. Perkara itu diumumkan oleh pejabat Presiden Perancis, Elysee Palace, pada Khamis, 17 Disember 2020 waktu tempatan, lapor Associated Press (AP). : KitaReporters


Emmanuel Macron menjadi peminpin negara terbaharu positif Covid-19. - Kredit foto: AP


Lagi kisah-kisah berkaitan Perancis:

https://kitareporters.com/search?search=perancis


"Presiden dinyatakan positif COVID-19 hari ini (Khamis, 17 Disember 2020," demikian menurut kenyataan Elysee Palace. Menurut Elysee Palace, Macron menjalani ujian  Covid-19 'segera setelah gejala pertama kali muncul'.

Pihak Elysee Palace hanya menyatakan bahawa Macron menjalani karantin sendiri selama tujuh hari. "Dia akan terus bekerja dan melakukan aktivitinya dari jarak jauh," menurut Elysee Palace.

Belum diketahui keadaan terbaharu Macron dan daripada siapa dia terjangkit. 


Kredit foto: Reuters


Macron pada Rabu, 16 Disember 2020 mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan di Paris dan bandar-bandar lain selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan Covid-19.

Dalam wawancara disiarkan televisyen negara, Macron berkata, perintah berkurung berkuat kuasa mulai Sabtu, 12 Disember 2020 dari jam 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France dan lapan bandar lain..

Selain Paris dan wilayah di sekitarnya, langkah terbaharu itu juga membabitkan bandar Lille, Grenoble, Lyon, Aix-Marseille, Montpellier, Rouen, Saint-Etienne dan Toulouse. 


Rekod Corona Tracker setakat 17 Disember 2020.


Langkah tersebut dikuat kuasa oleh presiden untuk membantu membendung Covid-19 daripada terus merebak, yang  menurut pegawai kesihatan, Perancis kini berdepan gelombang kedua jangkitan.

Kementerian Kesihatan Perancis pada Rabu, 16 Disember 2020, melaporkan 22,591 kes baharu Covid-19. Ia menjadikan keseluruhan 779,063 kes jangkitan. Angka korban pula sudah mencecah lebih 55,000.

Macron menggesa sebarang perhimpunan yang dianjurkan dihadkan tidak melebihi enam orang.

Dia juga mengumumkan, mereka yang mendapat bantuan kebajikan dan perumahan akan menerima €100 hingga €150 untuk setiap anak bagi tempoh selama enam minggu. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: