SEORANG kanak-kanak China tidak menyangka sakit tekak yang dialami sejak setahun lalu berpunca daripada lintah gergasi yang ‘berkampung’ di saluran tekaknya. Memetik laporan DailyStar.co, kanak-kanak berusia lima tahun dari bandar Linchan, selatan negara itu sering mengadu tidak selesa di bahagian tekak selain mengalami sesak nafas. : KitaReporters


BERJAYA menarik keluar seekor lintah sepanjang 2.8 inci daripada mulut kanak-kanak berkenaan. - Kredit foto: Newsflash.


Lagi cerita-cerita berkaitan China:

https://kitareporters.com/search?search=china


Lebih mengejutkan kanak-kanak lelaki itu sering berdengkur ketika tidur.

Hasil pemeriksaan di Hospital Rakyat Shuangjiang, pasukan perubatan mendapati ‘sesuatu’ benda asing tersangkut di bahagian saluran pernafasan kanak-kanak berkenaan.

Alangkah terkejut apabila pasukan perubatan menemui seekor lintah gergasi di bahagian berkenaan.

Alamak!!! macam mana boleh ‘berkampung’ di situ lalu jalan mana boleh sesat sampai ke situ ye?

PASUKAN doktor terpaksa menggunakan alatan khas bagi mengeluar lintah gergasi yang terperangkap di saluran pernafasan kanak-kanak berkenaan.


Menerusi rakaman yang dimuat naik menunjukkan sekumpulan pasukan perubatan berjaya mengeluarkan seekor lintah sepanjang 2.8 inci menggunakan perlatan khas daripada mulut pesakit.

Aduh! mesti sakit kan nak keluarkan binatang tu.



Menurut doktor yang mengetuai operasi mengeluarkan lintah sesat itu, binatang berkenaan kemungkinan memasuki saluran pernafasan  melalui minuman yang yang tidak dirawat.

Di China kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman menggunakan air yang tidak dirawat dan meminum terus tanpa dijerang terlebih dahulu.

Pada April 2020 lalu, seorang kanak-kanak sembilan tahun mengalami nasib sama apabila pasukan perubatan di hospital berjaya mengeluarkan seekor lintah menerusi hidung akibat amalan meminum air yang tidak dirawat.

Semoga kanak-kanak itu selamat dan kembali sembuh, lain kali amalkan minum air yang dimasak baru selamat! - KitaReporters


Kredit foto: USA Daily Express

1
3
1
0
0

Copy Link: