Kambing tak dituntut selepas disita MBKT kerana berkeliaran akan dijual! Lelongan pada 4 April 2024!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan


SEBANYAK 11 ekor kambing yang tidak dituntut selepas disita dalam operasi dijalankan pada akhir bulan Mac 2024 lalu akan dilelong oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) 

Datuk Bandar, Rosli Latif berkata, proses lelongan itu akan diadakan di pusat tahanan haiwan kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu pada Khamis 4 April 2024 mulai jam 9.30 pagi bermula sekitar jam 9.30 pagi.

Menurutnya, haiwan berkenaan ditangkap selepas didapati berkeliaran dan terpaksa dilelong selepas tiada pemilik yang datang untuk menuntut kembali ternakannya dalam tempoh ditetapkan.


Rosli Latif


“Pihak MBKT boleh mengadakan lelongan awam untuk melupuskan ternakan berkeliaran ini di bawah peraturan ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan media dalam laman facebook rasmi MBKT. 

Menurut Rosli, mereka yang berminat untuk membuat tawaran boleh hadir pada tarikh yang ditetapkan dan haiwan tersebut akan dilupuskan berdasarkan kepada tawaran harga yang tertinggi.

“Setiap pembida hanya boleh membeli maksimum seekor sahaja serta bayaran penuh hendaklah disempurnakan segera sebelum haiwan berkenaan diserahkan kepada pembuat tawaran yang berjaya di kaunter yang disediakan,” katanya.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, 09-6121546, 09-6121536, 09-6121040 untuk penjelasan lanjut,” ujarnya lagi. - KitaReporters



 

 

10
12
1
11
0

Copy Link: