Video| Monyet pun tahu pakai pelitup muka? Tolong jangan buat merata-rata! Bahayakan haiwan liar

Published by
KitaReporters


UMUM mengetahui kita semua tahu pengunaan pelitup muka adalah satu perkara asas dan wajib yang perlu ada lagi-lagi pada norma baru iaitu pandemik Covid-19. Pengunaan pelitup muka juga telah menyebabkan ramai antara kita yang mengunakannya dan membuang di merata-rata tempat.

Pakar juga berpesan kepada orang ramai agar tidak membuang pelitup muka begitu sahaja, tetapi perlu membuang di tempat yang betul agar tidak membahayakan kesihatan dan memudaratkan orang awam.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh @haziqzolkiflee, beliau telah memuat naik sebuah video memaparkan seekor monyet yang dilihat memakai pelitup muka yang ditemui atas jalan raya dan diletakkan pada mukanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelitup monyet


Daripada video ini kelihatan seekor monyet mengambil pelitup muka dan dipakainya, manakala monyet-monyet yang lain sedang berehat di belakangnya.

Ternyata video ini menjadi tular dalam Twitter dan menjadi perhatian netizen bukan kerana kecomelan monyet tersebut menggunakan pelitup muka tetapi kerana salah laku manusia yang membuang pelitup muka di merata-rata tempat begitu sahaja.

Bukan itu sahaja ternyata posting ini mendapat kecaman daripada netizen. 

Menurut @notsoaidil, beliau berpesan kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak membuang pelitup muka di merata-rata tempat.


Ini akan membahayakan haiwan liar dengan pelitup muka yang tercemar melalui bakteia batuk dan vuris selsema. Paling penting ia akan membuatkan mereka tercekik kerana terbelit pada tali pelitup muka tersebut.



Ada juga yang berpendapat virus Covid-19 akan mudah merebak jika haiwan yang dijangkiti dan manusia akan terjejas teruk lagi

Jadi, kita sebagai manusia yang bertanggungjawab, janganlah membuang pelitup muka sesuka hati anda, buanglah di dalam tong sampah. - KitaReporters



1
0
0
0
0

Copy Link: