Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) mencatat kejayaan dalam usaha pemuliharaan apabila merekodkan 12 kelahiran hidupan liar baharu bagi tempoh Julai hingga Disember 2025.


Seekor rusa dilepaskan di Taman Negeri Royal Belum

Antara kelahiran yang direkodkan ialah seekor Orang Utan Borneo (Pongo pygmaeus; tiga ekor walabi (Macropus agilis); tiga burung botak upeh (Mycteria cinerea); dua ekor rusa Bawean (Axis kuhlii); dua ekor rusa Axis (Axis axis) dan seekor rusa ubi (Cervus unicolor).

Selain itu, sebanyak 16 ekor burung botak upih turut direkodkan menetas secara semula jadi di habitat luar kawasan pameran zoo dalam tempoh yang sama. Sehingga kini, jumlah burung botak upih yang ada di dalam dan di luar kurungan (free-ranging) adalah sebanyak 106 ekor.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Mohamed Akmal Dahalan berkata, kejayaan ini bukan sahaja menjadi indikator kepada tahap penjagaan dan pengurusan habitat yang berkualiti malah menyumbang secara signifikan kepada agenda konservasi spesies khususnya yang berstatus terancam dan memerlukan perlindungan berterusan.


Orang utan

Burung botak Upih

Dalam perkembangan yang sama, ZTNS turut menyumbangkan dua (2) ekor rusa ubi dan tiga (3) ekor babi hutan bagi menjayakan Program Pelepasan Rusa untuk Pemuliharaan Sumber Makanan Harimau Malaya di Taman Negeri Royal Belum pada 11 Februari 2026.

“Program ini merupakan kerjasama julung kali bersama Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak, Perhilitan, pertubuhan Dana Alam Semula jadi Sedunia (WWF) dan Yayasan Sultan Idris Shah II dalam usaha memperkukuh populasi hidupan mangsa sebagai sumber makanan kepada harimau Malaya di habitat semula jadi,” katanya dalam kenyataan media pada 11 Mac 2026.


Dua Ekor Rusa Bawaen 


Seekor Rusa Ubi.


Mohamed Akmal berkata, inisiatif ini membuktikan peranan ZTNS bukan sahaja sebagai pusat rekreasi dan pendidikan malah sebagai institusi konservasi yang aktif menyokong pemuliharaan biodiversiti negara secara menyeluruh. - KitaReporters


Program pelepasan rusa untuk pemuliharaan sumber makanan harimau Malaya

12
14
0
13
0

Copy Link: