LAZIMNYA jenazah yang akan dikebumikan akan dibawa menggunakan van jenazah ataupun diusung beramai-ramai ke tanah perkuburan sambil diringi ahli keluarga terdekat sebagai penghormatan terakhir. Namun berbeza pula dengan jenazah di sebuah perkampungan di Indonesia yang terpaksa menggunakan laluan lain untuk membawa jenazah. : KitaReporters 


PENDUDUK kampung terpaksa mengharungi air sungai yang laju untuk sampai ke tanah perkuburan  di Dusun Gorenkankidul, JAwa Timur. Kredit Foto Kompas.com


Lagi kisah-kisah berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Menurut laporan portal tribunnews.com, penduduk terpaksa membawa jenazah seorang warga emas yang telah selesaikan dikapankan mengharungi arus sungai sambil diringi ahli keluarga dan penduduk kampung secara beramai-ramai untuk dikebumikan di  di tanah perkuburan yang terletak di seberang sungai berkenaan. 

Allahu…kesiannya.




Jenazah seorang warga emas, Kasti yang meninggal akibat sakit tua pada 2 Disember 2020 menjadi tular selepas keranda jenazahnya terpaksa dihanyutkan air sungai sambil diiringi keluarga terdekat di Dusun Gorekanlor, Desa Cermenlerek, Kecamatan Kedamean, Gresik, Jawa Timur, baru-baru ini.

Namun keesokan harinya jenazahnya baru dikebumikan di tanah perkuburan Dusun Gorekankidul yang terletak di seberang kampung.

Ketua Kampung Desa Cermenlerek, Mochammad Suhadi memberitahu, warga emas yang berusia 71 tahun itu meninggal dunia akibat sakit itu terpaksa dikebumikan keesokan harinya disebabkan tiada laluan darat yang boleh menghubungkan kawasan tempatnya tinggal ke tanah perkuburan berkenaan.



Suhadi berkata, sepatutnya urusan pengkebumian Kasti boleh dilakukan di kampungnya yang memiliki kawasan perkuburan, namun ahli keluarganya meminta untuk mengabulkan impian si mati dan mengebumikan di kampung sebelahnya berikutan sebahagian keluarga ditempatkan di tanah perkuburan berkenaan.

Namun disebabkan tiada laluan darat, jenazah terpaksa diusung beramai-ramai dan dibawa melalui arus sungai.

Malah kongsi Suhadi lagi, kejadian seperti itu sudah banyak kali berlaku di kampung.

Situasi itu dilihat sangat membimbangkan selain paras air yang tinggi selain arus laju disebabkan musim tengkujuh yang berlaku di negara itu.

Semoga pihak berkuasa meneliti keperluan tersebut dan diberikan keutamaan dalam hal-hal kebajikan penduduk. - KitaReporters


1
1
8
0
0

Copy Link: