Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Kuala Terengganu


PENULARAN pandemik COVID-19 di Terengganu kini semakin tidak menentu apabila institusi pendidikan terutama sekolah pula menjadi lokasi yang membimbangkan masyarakat.

Ketika ini, sekolah-sekolah di kawasan bandar raya Kuala Terengganu menjadi penyumbang terbesar kepada kes COVID-19 dalam kalangan sekolah apabila 12 sekolah terpaksa ditutup termasuk kes terbaharu pada 24 Januari 2021 apabila 10 sekolah lagi terbabit dalam penutupan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Sekolah Kebangsaan Tok Nasek, Kuala Terengganu


Sekolah yang terbabit dalam arahan penutupan pada Ahad 24 Januari 2021 ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dir, SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Gong Tok Nasek dan SK Pusat Kuala Ibai, SK Kesom, SK Pulau Manis, SK Bukit Petiti, SK Manir dan SK Kedai Buloh

Kesemua sekolah berkenaan diarahkan tutup selama tujuh hari bermula 24 Januari  hingga 30 Januari 2021 bagi proses sanitasi.

Sebelum ini, pada 23 Januari 2021, SK Sultan Sultan Sulaiman I dan SK Paloh di Kuala Terengganu diarahkan ditutup selama 14 hari sehingga 5 Februari 2021.

Penutupan sekolah terbabit berikutan lapan guru di sekolah terbabit disahkan dijangkiti COVID-19.

Dr Nor Azimi Yunus


Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kesemua sekolah terbabit ditutup mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Kegagalan mematuhi arahan kerja membasmi kuman adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22 (b) Akta 342 dan apabila disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berikutan arahan penutupan itu, semua aktiviti dan pengurusan dalam kawasan sekolah ditangguhkan. 



Status COVID-19 di Terengganu pada 24 Januari 2021



Dalam perkembangan lain, pada 24 Januari 2021, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah merekodkan 179 kes baru COVID-19 dan satu kematian menjadikan terdapat 714 kes aktif COVID-19 di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,534 kes. 

Kesemua 714 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa. Manakala pada hari sama, 27 kes sembuh turut direkodkan.



Ketika ini JKNT turut merekodkan 10 kluster aktif yang didaftarkan di Negeri Terengganu iaitu Kluster Kolam Permai, Kluster Mengkuang, Kluster Palut, Kluster Kejaya, Kluster Kubang Bujuk, Kluster Permint Harmoni, Kluster Kebor Air, Kluster KampungTanah Merah, Kluster Kampung Bukit Biah dan Kluster Kampung Guntong Luar. - KitaReporters


1
1
1
0
0

Copy Link: