Stadium Negeri di Kuala Terengganu yang dijadikan  PKRC untuk pesakit lelaki.


TERENGGANU yang sedang berhadapan dengan peningkatan kes harian pandemik COVID-19 membuka sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Pembukaan pusat bersepadu tersebut susulan pertambahan kes di Terengganu yang sejak akhir-akhir ini jarang berada di bawah 500 (kes) sehari, namun sebahagian besar kes berada pada kategori satu dan dua sahaja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan PKRC


Dr Alias Razak


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, PKRC baharu yang itu mampu memuatkan 326 katil akan mula beroperasi sepenuhnya pada Rabu, 25 Ogos 2021.

Katanya, ia juga merupakan persiapan awal sekiranya PKRC di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diserahkan kembali kepada pihak IPT apabila IPT dibuka semula nanti. 

Beliau berkata, PKRC ini disiapkan dalam tempoh hanya empat hari sahaja dan ia boleh dinaik taraf kepada 390 katil sekiranya diperlukan.

Katanya, pesakit positif COVID-19 bagi kategori satu hingga empat sahaja akan ditempatkan di PKRC tersebut sebab itu terdapat tong oksigen di PKRC ini bagi pesakit kategori 4 yang memerlukan oksigen.


Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengemas katil di PKRC Stadium Negeri Kuala Terengganu


Dr Alias berkata, ini adalah sebagai persiapan awal kita bagi menghadapi pertambahan kes, sejak akhir-akhir ini jarang di bawah 500 kes sehari.

"Walaupun begitu, sebahagian besar adalah kategori 1 dan 2 sahaja," katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Stadium Negeri kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu pada Selasa, 24 Ogos 2021.

Menurut Dr Alias, keselesaan pesakit di pusat rawatan itu akan dipastikan berada pada tahap terbaik.

"PKRC  tersebut hanya akan menempatkan pesakit lelaki sahaja dan ia agak selesa dengan jarak katil yang selesa dan tandas yang mencukupi. Walaupun sakit, kita akan pastikan pesakit selesa berada di sini (PKRC),” katanya.

Beliau berkata, pembukaan PKRC tersebut lebih kepada persiapan kerajaan negeri untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika institut pengajian tinggi (IPT) seperti UiTM Chendering dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dijadikan PKRC dibuka untuk sesi pengajian. - KitaReporters


Dr Alias (baju putih) meninjau persiapan PKRC di Stadium Negeri,Kuala Terengganu

0
1
1
1
2

Copy Link: