Haydee Agras berbincang bersama barisan kejurulatihan pasukan JDT ketika sesi latihan pasukan tersebut. - Kredit foto-foto: Twitter Hydee Agras

Kelibatnya jarang-jarang diberi perhatian oleh peminat bola sepak negara termasuk penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) biar pun hakikatnya beliau merupakan sebahagian daripada watak penting yang membawa pasukan Harimau Selatan meraih pebagai kejayaan di dalam dan luar negara.

Biar pun sudah beberapa tahun bersama pasukan JDT sebagai penganalisis pasukan, namun kehadiran Haydee Agras hanya mula diberi perhatian oleh peminat bola sepak khususnya penyokong JDT selepas pemenang lapan kali kejuaraan Liga Malaysia itu cemerlang menjinakkan wakil China, Guangzhou dan Ulsan Hyundai, juara liga Korea dalam pertandingan Liga Juara-Juara AFC (ACL)  di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan JDT FC

Haydee Agras bersama piala Sumbangsih yang dimenangi oleh pasukan JDT. - Kredit foto-foto: Instagram Hydee Agras


Pemegang Ijazah dalam Aktiviti Fizikal dan Sains Sukan dari Universidad Católica San Antonio de Murcia (UCAM) atau Universiti Katolik San Antonio, Murcia di Sepanyol itu memulakan kerjayanya sebagai penganalisis profesional bola sepak di InStat Sports Co yang berpengkalan di Rusia selepas menamatkan kerjaya sebagai pemain futsal wanita profesional.

Beliau yang pernah menyediakan analisis untuk beberapa kelab besar selain pernah menghasilkan analisis prestasi untuk Copa Libertadores, Piala Dunia, Piala Afrika dan Liga Timur Tengah kini mengalas tugas menyediakan laporan terperinci untuk pasukan JDT berhubung pasukan lawan seterusnya meninjau kekuatan, kelemahan, langkah taktikal serta ancaman yang mampu diberi oleh pihak lawan.


Memenangi kejuaraan Liga Super antara kejayaan Haydee Agras bersama pasukan JDT. 


Menurut satu laporan, tanggungjawab Haydee Agras sebagai ketua penganalisis pasukan JDT sejak Februari 2019 bukan sesuatu yang mudah kerana beliau bukan sahaja perlu menjalankan analisis prestasi setiap pemain JDT, malah turut menganalisis pihak lawan yang akan bertemu JDT.

Sebagai penganalisis beliau dikatakan perlu menyediakan kira-kira 300 laporan lengkap perlawanan setiap musim dan bagi tujuan tersebut Hydee perlu menonton lebih 400 perlawanan bola sepak setiap tahun

Setiap laporan yang disediakannya mengandungi pelbagai maklumat penting seperti karektor serta corak permainan pemain, teknik mereka ketika menyerang dan bertahan, serangan balas, 'set pieces' ketika menyerang dan bertahan secara lengkap bagi membantu memudahkan barisan kejurulatihan pasukan merencana taktikal yang sesuai untuk menghadapi pihak lawan.  



Haydee  Agras tekun meneliti rakaman perlawanan bagi meneliti pelbagai aspek kekuatan serta kelemahan pasukan sebelum menyiapkan laporan lengkap. - Kredit foto: Anygivensunday.it.

Di negara ini khidmat seorang penganalisis pasukan mungkin belum digunakan secara meluas dalam kalangan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia menyebabkan peminat bola sepak negara tidak begitu menyedari kepentingan peranan seorang penganalisis bola sepak sekali gus kurang memberi perhatian terhadap kehadiran Hydee Agras bersama pasukan JDT.

Bersama pasukan JDT, Haydee Agras bukan sahaja dikatakan sebagai 'orang kuat' Benjamin Mora, malah untuk  pasukan JDT secara keseluruhan kerana beliau bertanggungjawab memberi nasihat kepada jurulatih tersebut berkaitan statistik bola sepak dan didakwa dilihat berbincang dengan Benjamin Mora mengenai taktikal perlawanan semasa JDT menentag Ulsan Hyundai di Stadium Suktan Ibrahim tempoh hari.


Analisis berdasarkan rakaman perlawanan perlu dilakukan dengan penuh teliti dan kesabaran.-Kredit foto : Anygivensunday.it

Bidang data, statistik dan analisis merupakan antara tulang belakang dalam pembagunan bola sepak yang memerlukan kemahiran matematik model serta reka bentuk  yang sudah pun diguna pakai secara meluas negara luar khususnya di Eropah untuk pembangunan bolasepak mereka. - KitaReporters


Aksi Haydee Agras semasa bergelar sebagai pemain futsal wanita profesional sebelum menceburi bidang panganalisis bolasepak secara profesional. - Kredit foto: Instagram Haydee Agras

14
13
1
20
1

Copy Link: