Berita Terkini| Masjid, surau di Melaka pasang rakaman doa khas! Mohon lindung daripada wabak!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan...Masjid dan surau di Melaka akan memasang doa pohon perlindungan daripada Covid-19 dan kesejahteraan rakyat Palestin. Kredit foto: Gotomelaka.blogspot.com


SEMUA masjid dan surau di Melaka akan memasang rakaman doa khas bagi memohon perlindungan Allah daripada Covid-19 menerusi alat siar raya rumah ibadah berkenaan bermula 29 Mei 2021.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata kekuatan bunyi  cukup untuk didengari serta diaminkan oleh ahli kariah di kawasan masing-masing.

“Selain doa mohon perlindungan daripada Covid-19 serta kesejahteraan rakyat Palestin yang dizalimi rejim Zionis, semua masjid dan surau juga akan memperdengarkan bacaan Yasin, al-Quran. Arahan berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh ditentukan kelak.

“Kerajaan Negeri bersetuju supaya masjid dan surau perdengarkan bacaan Yasin selepas solat maghrib setiap hari, manakala doa dan ayat al-Quran pula diperdengarkan selepas waktu azan serta selepas solat subuh, zuhur, asar dan isyak.

“JAIM menyediakan fail audio rakaman doa berkenaan dan bacaan Yasin yang boleh dimuat turun menerusi laman web www.jaim.gov.my atau menerusi laman Facebook JAIM,” katanya menerusi satu kenyataan pada 29 Mei 2021.

Tambah beliau, semua urusan berkaitan hendaklah diuruskan oleh jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0

Copy Link: