Kenyataan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akaun Facebooknya pada 1 Oktober 2023


Dalam kunjungan ke Ipoh, Perak hari ini (1 Oktober 2023), saya melancarkan Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan bersama-sama Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamed.
Saya pertegaskan komitmen kerajaan untuk terus menggendong amanah dan tanggungjawab menyelesaikan isu-isu kesihatan yang merundung sekian lama, khususnya kemudahan di institusi kesihatan dan kesesakan di hospital.
Kerana itu saya beri jaminan Kementerian Kesihatan akan terus mendapat peruntukan besar dalam Belanjawan Madani 2024 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 nanti.
Dalam ucapan juga saya singgung mengenai pemberian subsidi yang tidak munasabah ketika ini kerana ia turut dinikmati golongan maha kaya, justeru rasionalisasi diperlukan bagi melindungi hak mereka yang benar-benar memerlukan.
Insya-Allah, nantikan pengumuman penting berkaitan hal ehwal kesihatan dan lain-lain dalam Belanjawan Madani 2024 yang dirangka bagi memastikan rakyat beroleh aafiyah - kesihatan, kesejahteraan, kewarasan dan kebahagiaan.

8
10
0
11
0

Copy Link: