PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyaksikan sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan kepada rakyat di negara ini hingga Ahad, 20 Jun 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 4.2 juta adalah melibatkan penerima bagi dos pertama, manakala 1.6 juta lagi melibatkan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 140,573 dos diberikan sehingga Ahad, 20 Jun 2021 dan 116,514 individu menerima vaksin untuk suntikan pertama manakala 24,059 lagi menerima suntikan kedua,” katanya menerusi Twitter pada Isnin, 21 Jun 2021.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menunjukkan lima negeri mencatatkan penerima vaksin tertinggi iaitu Selangor dengan 208,031 diikuti Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,200) dan Kuala Lumpur (141,094).

“Ini dibantu dengan bilangan vaksinasi harian iaitu sebanyak 140,573 dos yang dicatatkan Ahad, meliputi 116,514 penerima suntikan pertama dan 24,059 lagi untuk dos kedua,”ujarnya.

Setakat ini juga, sebanyak 15,426,982 juta rakyat sudah melengkapkan pendaftaran untuk divaksinasi. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0

Copy Link: