Video| Satu smesy padu! Pak cik gunakan kain pelikat! Bagi halau kelawar! Ganggu mangsa banjir di PPS!

Published by
KitaReporters


ANDAI sudah tinggal bersama di Kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) pasti banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengeratkan lagi hubungan kerana pada waktu inilah nak berkenalan antara satu sama lain.

Begitu juga dengan seorang pak cik yang telah tular dalam sebuah video dalam TikTok dengan gelagatnya itu yang berjaya dirakam oleh rakan-rakannya di PPS tersebut ketika sedang berkumpul.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 



Dalam video tersebut kelihatan beliau sedang menghalau seekor kelawar dengan cukup berani sekali dengan hanya menggunakan sehelai kain pelekatnya sahaja bagi membuat satu smesy.

Ini kerana kelawar tersebut dilihat menggangu mangsa banjir yang terdapat di PPS tersebut. Oleh kerana keberaniannya kelawar itu berjaya keluar dari pusat tersebut dan tidak menggangunya lagi.



Rata-rata geli hati melihat tindakan pak cik ini dan menyatakan gaya libas itu sangat memainkan peranan kerana sangat padu dan boleh dilihat menjadi seorang atlet. - KitaReporters


13
14
0
13
0

Copy Link: