Ibu bapa! Sila berhati-hati! Kes mati lemas di Terengganu meningkat! Ada elemen cuai punca kematian!

Published by
KitaReporters


Musim tengkujuh ketika Monsun Timur Laut (MTL) bermula 7 November 2022 hingga Mac 2023 sememangnya banyak kes mati lemas direkodkan sama ada berlaku di kawasan pantai, sungai, tali air dan kolam.

Apa yang menyedihkan tragedi mati lemas ini banyak membabitkan golongan kanak-kanak khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Negeri Terengganu, Md Hilman Abd Rashid dalam satu enyataan media pada 15 Disember 2022 mendedahkan sebanyak 20 kes mati lemas direkodkan sepanjang Januari hingga 15 Disember 2022.

Menurutnya lagi, peningkatan sebanyak enam kes berbanding tahun 2021 dengan 14 kematian.

Lagi

Mayat Muhammad Izha Amzar Anuar, 14, ditemukan di dasar sungai Terengganu oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.15 malam pada 13 Disember 2022.


Antara faktor yang menyumbang kepada insiden mati lemas adalah kecuaian individu dan tidak memahami karakter air yang bersifat ‘menyedut’ tanpa mengira usia muda atau tua.

Berikut adalah beberapa kejadian kes mati lemas membabitkan kanak-kanak dan remaja direkodkan oleh JBPM Negeri Terengganu:


BIL.

TARIKH

BUTIRAN

1.

13 Disember 2022

Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Sufi Eijas Mohd Sabri, 3, ditemukan mati lemas di dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, Terengganu.

2.

11 November 2022

Muhammad Aman A.Suhimi, 9,  ditemukan lemas ketika mandi bersama dua rakannya di alur sungai Kampung Batu 9, di Chukai, Terengganu.

3.

25 Julai 2022

Muhammad Akif Danish Abdul Aziz, 13, dilaporkan lemas pada pukul 6.50 petang di dalam kolam berhampiran Pusat Pentadbiran Bandar Kuala Nerus, Terengganu.

4.

2 Jun 2022

Mayat Muhammad Izha Amzar Anuar, 14, ditemukan di dasar sungai Terengganu berhampiran Kampung Teluk Pasu, Kuala Terengganu oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7.15 malam.

5.

10 Jun 2022

Dua beradik iaitu Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 26, dan Syariatul Noor Safiqa, 24, dari Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, manakala seorang lagi adalah sepupu mereka, Siti Aishah Mazalan, 19, dari Kampung Mengabang Telong ditemukan mati lemas di kawasan air terjun Lata Changkah, Ulu Seladang, Setiu, Terengganu.

 

 

 


Pada Ahad (18 Disember 2022) tular sebuah video dalam media sosial merakam kejadian seorang seorang kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas dalam parit di Kampung Apal, Jerteh, Besut, Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu berada di rumah ibu saudaranya yang terjejas banjir.

"Mangsa, Nur Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya pada pukul 3.40 petang Ahad. 

"Pada waktu kejadian, ibu saudara mangsa sedang berkemas untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada pukul 3 petang. 

“Dia tidak menyedari kanak-kanak tersebut dipercayai keluar melalui pintu dapur. Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dihanyutkan arus banjir," kata Rohaimi. 

Maka ibu bapa diminta senantiasa memerhatikan anak-anak mereka ketika paras air banjir terus meningkat dan belum menunjukkan tanda akan surut segera. 

Ingatlah... Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. - KitaReporters


Muhammad Aman ditemukan lemas ketika mandi di alur sungai Kampung Batu 9, di Chukai, Terengganu. - Foto kredit: Bernama


Ibu mangsa, Nurul Ain Bakri (tiga dari kiri) masih terkejut dan terpaksa dipapah di lokasi kejadian. Gambar kecil: Muhammad Sufi Eijas. - Foto kredit Sinar Harian.

Mayat Nur Hilwa ditemui ahli keluarga terapung di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya pada pukul 3.40 petang Ahad. - Foto kredit: Media Sosial.


Sumber:

Info Bencana Terengganu

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terengganu-rekod-20-kes-mati-lemas-tahun-ini-396877

https://www.sinarharian.com.my/article/206472/berita/semasa/tiga-bersaudara-mati-lemas-di-lata-changkah

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/murid-tahun-tiga-ditemukan-lemas/

15
9
0
5
0

Copy Link: