Video| Tahu tak? Telefon pintar boleh dengar apa dibualkan! Ikuti tip ini kalau mahu hentikannya!

Published by
KitaReporters


Pasti ramai tahu apabila mencari sesuatu maklumat dalam Google search, apa yang dicari itu akan muncul dalam wall akaun media sosial milik anda seperti Facebook. Misalannya anda mencari mencari maklumat tentang makanan, tidak lama selepas itu, pelbagai maklumat tentang makanan akan muncul dalam Facebook anda.

Namun, tahukah anda selain itu, suara juga dapat ‘didengar’ oleh enjin carian maklumat Google saat anda berbual? Mungkin ada yang tahu dan sebaliknya. Ia bukanlah magik tetapi itulah kelebihan teknologi yang ada dalam telefon bimbit atau telefon pintar sekarang ini.




Bagi yang baru tahu, jangan pula gelabah dan fikir yang bukan-bukan. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menyekat teknologi tersebut atau sebaliknya. 

Kalau anda mahu menyekatnya, cuba ikuti tip yang diberikan lelaki ini dalam Tiktoknya bernama Firdz Ibrahim.



Dalam video yang dikongsi, lelaki berkenaan telah memberi tip bagaimana untuk menghentikan pengesanan suara tersebut. Mungkin menyedari ramai yang tidak selesa apabila perbualan dapat dikesan oleh telefon pintar, jadi dia tidak lokek berkongsi ilmu.

“Tahu tak yang telefon bimbit boleh dengar apa yang kita cakap. Off audio tracking activity pada telefon bimbit,” tulisnya.

Tip yang diberikannya itu mendapat reaksi orang ramai. Malah, ada yang mendakwa, telefon bimbit bukan sahaja dapat mengesan perbualan, tetapi juga apa yang bermain dalam fikiran. Ibaratnya ia boleh membaca fikiran kita. Namun, dakwaan itu tidak dapat dipastikan kebenarannya.



“Kalau cakap tu aku  tak hairan. Tapi kadang-kadang baru fikir dalam kepala, tiba-tiba dalam telefon keluar iklan. Yang ini agak seram,” tulis salah seorang netizen.



Selain itu, Firdz Ibrahim turut berkongsi pelbagai tip dan tutorial berkenaan telefon bimbit dalam TikToknya.  Justeru, tidak hairanlah kalau dia mempunyai seramai 36.1 ribu pengikut dalam TikTok. - KitaReporters



11
11
0
11
0

Copy Link: